Fahmi Fadzil mengulas kebimbangan umum berikutan insiden terbaharu melibatkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mencederakan adiknya yang berusia enam tahun, yang dipercayai ada kaitan dengan permainan Roblox.
Kerajaan tidak akan terburu-buru mengharamkan sebarang permainan dalam talian, termasuk Roblox, sebaliknya akan meneliti keseluruhan ekosistem permainan tersebut bagi memastikan keselamatan pengguna, terutamanya kanak-kanak.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengulas kebimbangan umum berikutan insiden terbaharu melibatkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mencederakan adiknya yang berusia enam tahun, yang dipercayai ada kaitan dengan permainan berkenaan.
“Perkara itu sedang dalam siasatan polis dan polis memaklumkan siasatan awal menunjukkan bahawa permainan Roblox ada kaitan, tapi kita serah kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan,” katanya pada sidang media mingguan selepas Mesyuarat Kabinet hari ini.
Fahmi turut memaklumkan baru saja mengadakan pertemuan dengan dua wakil Roblox beberapa hari yang lalu bagi mengetengahkan kebimbangan kerajaan.
“Dalam pertemuan itu, saya telah memaklumkan bahawa kerajaan memandang serius beberapa insiden yang berlaku, termasuk yang terbaru,” ujarnya.
Menurut Fahmi, kerajaan sedang mengkaji keseluruhan ekosistem permainan dalam talian secara menyeluruh dan bukannya mengambil tindakan terhadap satu permainan sahaja.
“Kita tidak mahu mengambil satu tindakan hanya terhadap satu permainan semata-mata tapi kita perlu lihat secara keseluruhan dalam ekosistem,” jelasnya.
Sambil mengakui bahawa beliau sendiri telah menghalang anaknya daripada bermain Roblox, Fahmi turut menekankan peranan kritikal ibu bapa dalam mengawal selia aktiviti dalam talian anak-anak.
“Penjelasan pihak Roblox adalah bagi kanak-kanak bawah usia 13 tahun mereka menghadkan apa yang boleh dilakukan.
“Namun, ada beberapa aplikasi yang mungkin terlalu mudah digunakan oleh kanak-kanak dan di situ saya lihat ibu bapa juga ada peranan untuk dimainkan,” tegasnya.
Fahmi turut memaklumkan sudah telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menekankan tanggungjawab ibu bapa dalam kempen Internet Selamat mereka, termasuk dalam aspek membenarkan muat turun aplikasi.
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib