Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Keadaan kesihatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dilaporkan stabil dan memerlukan rehat yang secukupnya berikutan jadual tugas rasminya yang begitu padat sejak kebelakangan ini.
Maklumat itu disampaikan oleh isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, selepas Perdana Menteri terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang yang dijadualkan pada hari ini atas nasihat pasukan perubatan beliau.
Menurut Wan Azizah, pemeriksaan doktor yang dijalankan pagi tadi mengesahkan Anwar hanya memerlukan rehat setelah mengalami ketegangan otot yang menyebabkan kesakitan pada belakang dan pergerakan yang agak terbatas.
“Dia (Datuk Seri Anwar) sudah siap tadi, tapi dia kata kalau teruskan naik helikopter ke Pahang hari ini, mungkin akan beri kesan lebih teruk sebab otot dia tegang. Itu yang menyebabkan sedikit kekangan untuk pergi pagi ini,” jelas Wan Azizah kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2024 Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak.
“PM sudah makan ubat dan dia perlukan rehat. Insya-Allah, selepas berehat secukupnya, dia akan kembali pulih,” tambahnya.
Wan Azizah berkata rehat adalah langkah terbaik untuk memastikan Perdana Menteri pulih sepenuhnya sebelum kembali menjalankan tugas-tugas rasmi negara.
Terdahulu dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Anwar terpaksa membatalkan lawatan kerjanya ke Pahang pada hari ini berikutan masalah sakit belakang yang dihadapinya.
Keputusan pembatalan ini dibuat pada saat akhir atas nasihat pasukan perubatan beliau, menurut kenyataan itu.
“Atas nasihat doktor, Perdana Menteri dinasihatkan supaya mendapatkan rehat yang mencukupi,” kata kenyataan PMO.
Lawatan kerja yang dibatalkan itu sepatutnya penuh dengan acara bermula dari Temerloh hingga ke Kuantan.
Anwar dijadual merasmikan Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2025 di Temerloh, sebelum menghadiri Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kampus Gambang.
Acara terakhir yang dirancang ialah sesi ramah mesra bersama Penggerak Industri Kuantan di ADTEC Kuantan.
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
Kemelut takhta: Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal, Balai Undang dikawal polis
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum