Anwar merasmikan Majlis Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kadazandusun (KDCA) Kota Kinabalu.
Anwar Ibrahim berkata, gejala rasuah di negara ini perlu ditangani secara tegas berlandaskan prinsip dan perundangan, bukannya dengan persepsi, fitnah atau maki hamun.
Perdana Menteri mengulas berhubung dakwaan video rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang dijadikan permainan persepsi walhal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu berdasarkan prosedur dan undang-undang.
“Tuduhan bahawa kita menutup (kes rasuah) itu persepsi. Dibangkitkan persepsi, terutama di bandar seolah-olah ada usaha menutup rasuah dan kesalahan, mereka mahu anda semua yakin negara ini tidak selamat.
“Negara ini negara hukum, bukan negara persepsi, bukan negara tuduhan dan fitnah,” katanya berucap merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Sabah.
Anwar berkata, siasatan terhadap perkara itu masih berjalan dengan video dikemukakan perlu diteliti, justeru semua pihak seharusnya memberi ruang sepenuhnya kepada SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan terbabit.
Beliau berkata, walaupun memegang jawatan Perdana Menteri, beliau tidak sama sekali campur tangan dalam kes dakwaan rasuah dan menjelaskan setiap pihak mempunyai tanggungjawab masing-masing berdasarkan sistem perundangan negara.
“Siasat itu kerja SPRM atau polis, dakwa itu kerja peguam negara, hukum itu kerja hakim dan saya sebagai Perdana Menteri harus jaga supaya sistem itu berjalan lancar dan berkesan.
“Bukan Perdana Menteri siasat, dakwa, hukum, hal itu diktator namanya … kita pernah lalui (situasi itu) suatu ketika dulu, saya tahu, jadi jangan minta saya ulangi sistem seperti dulu,” katanya.
Anwar juga berkata kerajaan tidak sesekali membenarkan pemimpin memunggah hasil dan kekayaan negeri serta negara bagi menjadikan diri mereka kaya, manakala rakyat hidup kesusahan, sedangkan negara ini mempunyai undang-undang yang wajib dipatuhi bagi memberi keadilan kepada semua.
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
Misi Flotilla Gaza 2.0: 10 warga Malaysia disahkan terputus hubungan
Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC
Kerajaan susun semula perbelanjaan, perkhidmatan rakyat tidak terjejas: MOF
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan