Wee Meng Chee atau Namewee.
Seorang bintang media sosial wanita dari Taiwan, Hsieh Yun Hsin, 31 tahun, ditemui meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel mewah di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu.
Menurut laporan, penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau Namewee, 42 tahun, turut berada di dalam bilik yang sama ketika kejadian.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, mengesahkan kes yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) itu telah ditukar status kepada kes bunuh.
“Kes ini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” ujarnya.
Mangsa yang aktif di platform media sosial itu dilaporkan memasuki Malaysia pada 20 Oktober melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).
Pada kira-kira jam 1.40 tengah hari di hari kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam tab mandi bilik hotel berkenaan.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk prosedur bedah siasat.
Sebelum ini, Namewee telah ditahan oleh pihak polis atas suspek memiliki dan menggunakan dadah.
Susulan daripada perubahan klasifikasi kes kepada kes bunuh, polis akan menahannya sekali lagi dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum