Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim memberitahu keadaannya kini semakin baik selepas mengalami masalah sakit belakang yang memaksanya membatalkan lawatan kerja ke Pahang pada minggu lalu.
Terdengar segar dan ceria, Perdana Menteri memberikan respons ringkas selepas ditanya wartawan berhubung keadaan kesihatannya susulan nasihat doktor supaya berehat sebaik pulang dari lawatan kerja ke luar negara.
“Alhamdulillah. Bagaimana dengan keadaan tulang belakang Datuk Seri? I am good,” katanya sambil tersenyum semasa ditanya wartawan mengenai tahap kesihatannya selepas merasmikan Malaysia Semikonduktor IC Design Park 2 hari ini.
Pembatalan lawatannya sebelum ini dibuat mengikut nasihat pasukan perubatannya berikutan kesakitan yang mengehadkan pergerakannya.
Beliau baru sahaja pulang daripada misi kerja selama tiga hari ke Korea Selatan bagi menghadiri mesyuarat APEC.
Terdahulu, Anwar dalam satu hantaran di media sosial berkongsi sedang berehat dan bermain bersama cucu di rumah.
“Healing dengan cucu. Alhamdulillah, kian beransur pulih. Terima kasih atas doa semua,” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Anwar turut mengongsikan detik kebanggaan negara apabila kejayaan Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 bulan lalu mendapat pujian daripada pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Menurut Anwar, Trump begitu kagum dengan kecekapan dan profesionalisme pasukan keselamatan Malaysia.
“Saya ingat, Presiden Trump minta kebenaran nak jumpa Ketua Polis Negara untuk menyatakan penghargaan secara peribadi kerana tahap pasukan keselamatan kita yang sangat membanggakan,” ujarnya.
Kenyataan ini sekali lagi menyerlahkan keyakinan pemimpin antarabangsa terhadap kemampuan Malaysia dalam mengendalikan acara berskala global dengan cemerlang.
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
MB Negeri Sembilan: Tiada calon lain selain Tok Min
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik