Kerajaan teliti pendedahan dakwa Meta kaut keuntungan menerusi aktiviti haram: Fahmi

November 7, 2025 · Isu semasa

Kerajaan akan meneliti pendedahan terbaharu melibatkan gergasi teknologi Meta susulan laporan mendakwa syarikat itu mungkin mendapat keuntungan daripada aktiviti haram di platformnya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan memandang serius jika terdapat kebenaran dalam laporan didedahkan media antarabangsa, Reuters yang mendakwa kira-kira 10 peratus hasil syarikat itu diperoleh daripada iklan penipuan dan barangan haram.

“Jika laporan ini benar, ia amat membimbangkan kerana memberi gambaran bahawa antara sumber keuntungan Meta adalah daripada aktiviti haram yang melanggar undang-undang Malaysia,” tegas Fahmi semasa sidang media mingguan selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Fahmi memberitahu anggaran Meta menjana kira-kira RM2.5 bilion hasil iklan dari Malaysia pada 2023.

“Jika laporan Reuters benar, ini bermakna lebih RM250 juta daripada jumlah itu datangnya daripada iklan scam dan judi dalam talian,” jelasnya.

Fahmi juga mendedahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terpaksa menghabiskan banyak masa hanya semata-mata untuk memerangi kandungan haram di platform Meta khususnya di Facebook.

“Untuk setiap permohonan yang MCMC hantar kepada Meta untuk menurunkan kandungan scam atau judi, ia mengambil masa antara 30 hingga 45 minit.

“Dari 1 Januari hingga 15 Oktober tahun ini, jumlah masa kerja yang telah dilaburkan adalah setara dengan 22.2 tahun,” katanya.

“Kita sepatutnya hantar bil kepada Meta untuk semua kerja yang kita lakukan bagi pihak mereka,” tambahnya lagi.

Mengulas mengenai langkah masa depan, Fahmi memberitahu Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi akan memberikan kuasa yang lebih jelas kepada kerajaan.

“Dengan ONSA, platform seperti Meta diwajibkan untuk memastikan kandungan berbahaya seperti penipuan dan judi dalam talian tidak lagi dapat disaksikan oleh pengguna di Malaysia.

“Sekiranya mereka gagal, tindakan perundangan boleh diambil,” tegasnya.

Fahmi juga berkata laporan Reuters itu akan diteliti dan akan menjadi asas untuk memanggil Meta memberikan penjelasan penuh kepada kerajaan Malaysia.

Berita berkaitan
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
3 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026· Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026· Isu semasa
Scam: Terpedaya tawaran kripto, warga emas lesap RM218,000
September 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
3 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
3 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
7 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026 · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok