Pertemuan Anwar-Xi di Korea Selatan kukuhkan peranan Malaysia sebagai jambatan diplomatik

November 7, 2025 · Isu semasa

Pertemuan ringkas antara Anwar Ibrahim dan Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini menandakan pengiktirafan terhadap peranan penting Malaysia dalam memperkukuh hubungan serantau, khususnya dalam konteks dialog perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata semasa mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, Perdana Menteri memaklumkan hasil lawatannya ke Korea Selatan yang berlangsung dengan jayanya, termasuk pertemuan bersejarah dengan Presiden Xi.

“Presiden Xi Jinping menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri atas sumbangan Malaysia dalam membantu menjayakan perbincangan awal antara delegasi AS dan China yang berlangsung di Kuala Lumpur ketika Sidang Kemuncak ASEAN,” kata Fahmi semasa sidang media mingguan hari ini.

Beliau menjelaskan, pengiktirafan itu mencerminkan kepercayaan negara besar seperti China terhadap kemampuan Malaysia berperanan sebagai pengantara dan jambatan diplomatik yang berkesan di rantau ini.

“Pertemuan tersebut bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-China, tetapi juga mengukuhkan imej negara sebagai pemain penting dalam kestabilan ekonomi dan politik Asia Tenggara,” katanya.

Fahmi menambah, lawatan rasmi Perdana Menteri ke Korea Selatan itu turut membuka ruang baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan serta kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

“Segala pertemuan dan mesyuarat berlangsung dengan lancar, memperlihatkan komitmen kedua-dua pihak untuk terus memperkukuh hubungan yang sudah terjalin erat sejak sekian lama,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri pada hari sama turut membincangkan isu penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial oleh pelancong asing, dengan kerajaan memberi amaran keras terhadap mereka yang menyalahgunakannya untuk bekerja atau berniaga.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas menerima laporan mengenai peningkatan kes penyalahgunaan pas berkenaan.

“Jemaah Menteri memberi peringatan tegas bahawa pemegang Pas Lawatan Sosial tidak dibenarkan sama sekali untuk bekerja atau berniaga di Malaysia.

“Tindakan penguatkuasaan yang tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang berkaitan,” katanya lagi.

Menurut Fahmi, langkah itu penting bagi memastikan pelancong asing mematuhi peraturan imigresen negara dan tidak menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan.

Berita berkaitan
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
4 jam lalu· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
19 jam lalu· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
November 24, 2026· Politik
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
November 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
2 jam lalu · Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
4 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah larang pihak terlibat ulas kes Shuhaily
4 jam lalu · Isu semasa
Dua lelaki gagal cabar keputusan kerajaan mansuh subsidi diesel
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
18 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok