Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim dengan tegas menyatakan komitmennya untuk terus memimpin dan memacu agenda pembangunan negara, biarpun berdepan dengan desakan daripada pihak tertentu yang mahu beliau meletakkan jawatan.
Perdana Menteri memberitahu menerima maklumat berhubung mengenai rancangan pihak pembangkang untuk mengadakan perhimpunan ‘Turun Anwar’ buat kali kedua, namun desakan itu sama sekali tidak melemahkan semangatnya untuk mentadbir negara.
“Memang benar, saya akui masih terdapat kelemahan yang dikesan sepanjang tiga tahun ini, tetapi ia tidak wajar dijadikan bahan cacian. Semua pihak seharusnya bekerjasama untuk memperbaiki keadaan,” katanya semasa berucap pada Majlis Peluncuran Masjid MADANI Seberang Perai Tengah hari ini.
Anwar turut mengambil kesempatan untuk menjelaskan isu kenaikan harga minyak dan beban hutang negara bagi menjawab tohmahan yang diterima.
“Saya memohon maaf kerana mengambil masa. Namun, harus diingat, apabila saya bercakap dahulu, hutang negara adalah RM800 bilion, tetapi apabila saya mengambil alih, ia telah mencecah RM1.5 trilion,” ujarnya.
Beliau menegaskan, penjelasan secara terus kepada rakyat adalah penting bagi mengelak terpedaya dengan dakyah dan fitnah pembangkang.
“Di Permatang Pauh ini, ada sanak-saudara dan keluarga saya. Saya tidak mahu mereka terpengaruh dengan fitnah dan hasutan,” katanya.
Mengulangi pendiriannya terhadap desakan berundur, Anwar dengan tegas menyatakan tidak akan menghalang sebarang perhimpunan yang bakal diadakan dan kekal fokus membela nasib rakyat.
“Mereka merancang untuk buat perhimpunan ‘Turun Anwar’ lagi, dan saya ulang, buatlah. Tidak mengapa, tapi saya akan teruskan agenda pembangunan untuk rakyat,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Anwar turut mengumumkan pembinaan Masjid MADANI yang menelan belanja RM80 juta telah berjaya mengumpul sebanyak RM57 juta setakat ini melalui sumbangan orang ramai dalam dan luar negara.
“Saya berharap pembinaannya dapat disegerakan tanpa sebarang kelemahan. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kelemahan dan kelewatan dalam projek pembinaan masjid ini,” tegasnya.
Masjid MADANI yang dibina di atas tapak seluas 2.23 hektar itu dijangka mampu memuatkan sehingga 5,249 jemaah dan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden, sekaligus menjadi sebuah pusat komuniti Islam yang unggul selaras dengan konsep Malaysia MADANI.
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
Kemelut takhta: Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal, Balai Undang dikawal polis
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum