Majlis Media Malaysia.
Kerajaan sentiasa menghormati prinsip kebebasan media sebagai tonggak penting dalam sistem demokrasi negara, tegas Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Namun, Nie Ching menegaskan bahawa kebebasan itu perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berlandaskan etika kewartawanan profesional.
“Media berperanan bukan sahaja untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan, tetapi juga untuk memastikan maklumat yang disampaikan kepada rakyat adalah sahih, seimbang dan tidak mengelirukan,” jelas Nie Ching di Dewan Rakyat kepada soalan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Hasni Mohammad hari ini.
Hasni terdahulu bertanya apakah langkah yang akan dan bakal diambil bagi mempertahankan imej Kerajaan yang dikatakan tidak dapat mengawal media memburukkan pemimpin dan Kerajaan.
Justeru, bagi memastikan standard kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab, Kerajaan memperkenalkan Majlis Media Malaysia (MMM) yang ditubuhkan menerusi Akta Majlis Media Malaysia 2025 [Akta 868].
MMM secara rasminya telah berkuat kuasa pada 14 Jun lalu dan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pertamanya pada 7 November baru-baru ini. Satu pencapaian signifikan dalam pelantikan ahli majlis ialah separuh daripadanya terdiri daripada wanita.
“Kami mengucapkan tahniah kepada ahli majlis MMM yang telah dilantik melalui proses undian oleh pemain industri media tempatan,” ujar Fahmi.
Melalui mesyuarat agung tersebut, Kod Tatakelakuan dan Mekanisme Aduan MMM telah diluluskan dengan pindaan. Langkah ini dianggap sebagai satu langkah penting ke arah membina ekosistem media yang lebih kukuh, beretika, profesional, dan dipercayai rakyat.
Majlis yang menganjurkan prinsip “of the media, by the media, for the media” ini tidak hanya berperanan sebagai pengawas etika kewartawanan, malah menyediakan saluran aduan untuk orang awam.
Mekanisme tindakan tatatertib turut diwujudkan bagi membolehkan MMM mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya yang didapati melanggar peruntukan yang ditetapkan.
Penubuhan MMM diharap dapat melindungi masyarakat dan seterusnya membangunkan landskap media yang lebih bertanggungjawab dan berintegriti tinggi untuk negara.
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib