Zafrul kekal Menteri MITI, belum bincang beri UMNO satu lagi jawatan: PMX

June 1, 2025 · Politik

Tengku Zafrul Abdul Aziz dikekalkan sebagai Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri buat ketika ini, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata Zafrul sudah menjalankan peranan yang baik sepanjang menjadi menteri dan sudah membawa pelaburan balik Malaysia dengan banyak, maka kedudukannya masih kekal di MITI.

“Tengku Zafrul seorang menteri yang menjalankan tugas dengan sangat baik. Pelaburan kita ratusan bilion banyak juga dikendali dengan usaha beliau, MATRADE, MITI (Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri) dan kerajaan.

“Dalam soal kedudukan menteri itu tak terjejas. Kita mahu dia teruskan tugas kerana prestasi beliau sebagai menteri pelaburan baik dan negara memerlukan sumbangan beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui media pada Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR menyatakan perbincangan akan diadakan membabitkan beliau dan rakan pimpinan parti gabungan lain, khususnya UMNO berikutan permintaan Zafrul mahu menyertai PKR.

Buat masa ini, katanya Zafrul perlu diberi ruang dan masa untuk beliau fokus kepada ibadah haji.

“Sekarang dia memilih untuk memohon (sertai PKR). Kita belum bincang apa-apa pun, biar dia menunaikan fardu haji. Jadi biar dahulu tak payah umpamanya tafsiran yang kurang sihat.

“Orang ambil keputusan kita hormatlah keputusannya. Tetapi bagi pihak Keadilan tentulah kita kena bincang dengan rakan-rakan dan fikirkan sebaiknya,” katanya.

Menyentuh tuntutan UMNO supaya kedudukan menteri dipegang Zafrul dipulangkan kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), Anwar menjelaskan hal itu akan dibincangkan beliau bersama pimpinan parti itu.

“Presiden UMNO ( Ahmad Zahid Hamidi) pun tak bincang perkara ini, terlalu awal,” katanya.

Zafrul sebelum ini mengumumkan keluar daripada UMNO dan menyampaikan hasrat untuk menyertai PKR.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
15 jam lalu· Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
15 jam lalu· Politik
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
15 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
15 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
15 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
15 jam lalu · Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
20 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
20 jam lalu · Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok