MCMC-MIDA perkukuh kerjasama mempercepatkan penggunaan 5G

November 12, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memperkukuh lagi kerjasama strategik bagi memacu transformasi industri negara dan mempercepatkan penggunaan teknologi 5G.

Usaha ini dimeterai menerusi segmen ‘Powering Smart Industries’ dalam MIDA Flagship Investment Seminar: The Industrial Cluster Development Initiative for the Central Region, yang berlangsung selama dua hari di ibu negara.

Inisiatif ini menyasarkan koridor ekonomi dinamik yang merangkumi Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, iaitu penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Kerjasama ini merupakan lanjutan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak pada Julai tahun lalu bertujuan meningkatkan kesedaran dan kesediaan industri, termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), untuk beralih kepada teknologi 5G.

Bagi menterjemahkan strategi kepada tindakan, MCMC bersama-sama penyedia rangkaian mudah alih menganjurkan ‘5G Technology Showcase’ dan ‘Enterprise 5G Business Clinic’.

Pameran ini menampilkan aplikasi praktikal teknologi 5G, dari pembuatan pintar hingga analitik masa nyata, yang mampu mentransformasi operasi industri.

“Kerjasama erat dengan MIDA ini adalah pemangkin penting. Ia memastikan sektor perniagaan, terutamanya PKS, tidak ketinggalan dalam arus pemodernan dan bersedia berkembang dalam ekonomi digital yang saling terhubung,” menurut kenyataan MCMC hari ini.

Melalui inisiatif ini, MCMC dan MIDA menegaskan komitmen bersama untuk mempercepat daya saing industri negara dan memacu peralihan Malaysia ke arah ekonomi berasaskan 5G yang lebih mantap.

Berita berkaitan
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
17 jam lalu· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
18 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
18 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
September 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
15 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
17 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok