Skandal rasuah Sabah, kena juga buktikan berlaku pemindahan wang: Anwar

November 16, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim, sekali lagi menekankan prosedur dan bukti yang kukuh yang diperlukan dalam menangani sebarang kes rasuah, termasuk dakwaan yang melibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Berdepan dengan persepsi umum yang mengaitkan kerjasama politiknya dengan GRS, Perdana Menteri mengulas mengenai skandal yang didakwa oleh ahli perniagaan, Albert Tei, yang menyiarkan video mendakwa pemberian rasuah kepada pemimpin untuk mendapatkan lesen mineral.

Anwar menegaskan bahan seperti video perlu juga disertakan dengan bukti berlakunya pemindahan wang berlaku dan baharu boleh didakwa di mahkamah.

“Kita kena buktikan ada pemindahan wang berlaku. Terbukti ada kes, mereka akan didakwa di mahkamah,” katanya dalam sesi pertemuan dengan wartawan di Kota Kinabalu.

Beliau turut mempersoalkan tindakan berdiam diri sesetengah pihak berhubung skandal rasuah berbillion ringgit berbanding isu semasa.

“Semasa saya tangani kes besar melibatkan bekas pemimpin dengan jumlah berbillion, kumpulan-kumpulan ini senyap. Kenapa senyap?” soal Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan.

Mengenai dakwaan bekas pembantunya, Farhash Wafa, mendapat pemberian tanah, Anwar menjelaskan ia telah disiasat dan didapati tidak benar.

“SPRM mengesahkan tiada geran tanah wujud. Saya hubungi Hajiji, tiada kelulusan diberi,” katanya sambil menegaskan bahawa persepsi dan realiti adalah dua perkara berbeza.

Anwar turut menyentuh pengaruh wang dalam membentuk naratif awam.

“Oleh sebab mereka kaya, mereka boleh bayar media, parti politik, NGO. Itu yang sedang berlaku,” katanya.

Penegasan Anwar ini dilihat sebagai usaha menangkul kritikan terhadap pendiriannya dalam isu rasuah sambil mengekalkan prinsip bahawa hanya bukti kukuh sahaja yang boleh menjatuhkan sesuatu tuduhan.

Berita berkaitan
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
2 jam lalu· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
4 jam lalu· Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
4 jam lalu· Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
18 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
2 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
2 jam lalu · Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
2 jam lalu · Politik
Zahid nafi dititah menghadap Tuanku Muhriz
4 jam lalu · Politik
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok