Ewon pertahan keputusan letak jawatan menteri, bidas Loke balik

November 17, 2025 · Politik

Presiden UPKO, Ewon Benedick, menegaskan isu tuntutan 40 peratus hasil negeri Sabah adalah satu perkara yang tidak boleh dikompromi sama sekali, sebagai membalas kritikan terbuka yang dilontarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Menurut Ewon, tindakannya meletakkan jawatan sebagai Menteri dan mengeluarkan UPKO daripada Pakatan Harapan (PH) adalah satu mesej yang keras dan tegas kepada Kerajaan Persekutuan.

“Selama ini, ramai Ahli Parlimen Sabah bertegas dalam perbahasan di Parlimen, mungkin ketegasan itu tidak cukup keras buat kamu. Sebab itu saya memilih untuk memberi mesej tegas ini dengan meletakkan jawatan,” jelasnya dalam satu rakaman video.

Kenyataan itu merupakan jawapan kepada kenyataan Loke yang menyifatkan tindakan Ewon sebagai cubaan untuk menjadi ‘wira’ dan menarik perhatian, selain mendakwa Ewon tidak hadir dalam mesyuarat khas Kabinet berkenaan isu tersebut pada 11 November lalu.

Ewon menafikan niatnya untuk menjadi hero dalam isu tuntutan 40 peratus hasil negeri Sabah.

“Dalam perkara ini, wira sebenar adalah Sabah Law Society, wira pertama kita, dan pemuda di Jalan Gaya yang bertanya kepada Perdana Menteri… itu adalah wira nombor dua Sabah,” ujarnya lagi.

Beliau seterusnya menekankan komitmennya untuk memastikan hak Sabah dibayar.

“Kita perlukannya untuk pembangunan Sabah, menyelesaikan kemiskinan, membuka peluang ekonomi dan pekerjaan. Saya menghormati perbezaan kita tetapi harus ada sempadannya. Ini merupakan sempadan buat saya,” tegas Ewon.

Ewon turut menyeru Loke dan seluruh Kabinet Persekutuan untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa rayuan terhadap lapan perkara dalam penghakiman berkenaan masih difailkan pada 13 November lepas.

“Biar rakyat Sabah putuskan jika mereka boleh terima penjelasan anda atau mereka mahu pemimpin Sabah mempertahankan hak negeri,” tambahnya.

Berita berkaitan
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
August 26, 2026· Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
August 26, 2026· Politik
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
August 25, 2026· Politik
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
August 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tiada lesen judi baharu bawah Kerajaan MADANI, Sanusi jangan auta: MOF
9 jam lalu · Politik
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
15 jam lalu · Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
15 jam lalu · Politik
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
19 jam lalu · Politik
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
August 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok