MoU ini ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Urusan MCMC (Peraturan dan Korporat), Zurkarnain Mohd Yasin, manakala ANATEL diwakili oleh Presidennya, Carlos Manuel Baigorri.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Agensi Telekomunikasi Kebangsaan Brazil (ANATEL) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT).
Upacara pertukaran dokumen bersejarah itu berlangsung di sini, sempena Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025, dan disaksikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
MoU ini ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Urusan MCMC (Peraturan dan Korporat), Zurkarnain Mohd Yasin, manakala ANATEL diwakili oleh Presidennya, Carlos Manuel Baigorri.
Menurut Fahmi, MoU ini amat signifikan kerana membolehkan MCMC menjalin rangkaian kerjasama dengan pengawal selia dari Amerika Selatan.
“Pengalaman yang berbeza dan situasi yang berlainan dapat membantu kita memahami dengan lebih baik apa lagi yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan keterhubungan, termasuk di wilayah kita sendiri,” ujar Fahmi.
Beliau turut menyatakan perjanjian ini adalah kesinambungan daripada lawatan rasmi Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, ke Malaysia bulan Oktober lalu.
Sementara itu, Zurkarnain memaklumkan ia adalah MoU pertama MCMC dengan sebuah badan pengawal selia komunikasi dari benua Amerika.
Kerjasama akan memfokuskan kepada perkongsian maklumat dalam pembangunan kerangka undang-undang dan peraturan.
“MoU ini bertujuan untuk pembangunan kapasiti dan perkongsian maklumat bagi menangani isu-isu baru dalam industri yang semakin dinamik, terutamanya berkaitan kandungan,” jelas Zurkarnain.
“Apabila kita bercakap tentang kecerdasan buatan dan komunikasi kuantum, ini adalah bidang yang sentiasa berkembang dan memerlukan kita berkongsi pengalaman dalam kalangan pengawal selia,” tambahnya lagi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Duta Malaysia ke Azerbaijan, Ahmad Kamrizamil Mohd Riza, dan Penolong Setiausaha Bahagian Teknologi Komunikasi Kementerian Komunikasi, Ahmad Norhad Zahari.
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
MB Negeri Sembilan: Tiada calon lain selain Tok Min
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS