Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.
Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, dipercayai menghilangkan diri ke luar negara tidak lama selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penalti kompaun sebanyak RM4.1 juta ke atasnya.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, mengesahkan Adam Radlan meninggalkan negara ini selepas hukuman mahkamah berkenaan.
“Beliau sebelum ini disiasat berkait projek Jana Wibawa dan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penalti sebanyak RM4.1 juta terhadapnya, dia meninggalkan negara,” katanya dipetik laporan BH.
Bagaimanapun, Azam Baki tidak dapat mengesahkan destinasi sebenar Adam Radlan setakat ini.
Menurut Azam, SPRM telah menjalankan perbincangan dengan Jabatan Imigresen mengenai status pasport ahli perniagaan berusia 44 tahun itu, namun beliau tidak mendedahkan sama ada dokumen perjalanan antarabangsa Adam Radlan telah dibatalkan.
SPRM sebelum ini mengesahkan mereka sedang bekerjasama dengan Imigresen untuk mengesan keberadaan individu tersebut.
Adam Radlan dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan projek Lebuhraya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), juga dikenali sebagai MEX II.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat yang bertugas.
Terkait kes Jana Wibawa, Adam Radlan sebelumnya telah dibebaskan oleh mahkamah daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram setelah membayar kompaun bernilai RM4.1 juta.
Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin, membuat keputusan itu setelah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa SPRM bersetuju dengan tawaran kompaun tersebut berdasarkan representasi yang dikemukakan tertuduh.
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri