Subsidi penerbangan, bantuan tunai antara tawaran PN kepada pengundi Sabah

November 21, 2025 · Politik

Manifesto Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini bertemakan ‘Kasi Bagus Sabah’ yang menjanjikan bantuan menyeluruh kepada rakyat negeri itu termasuk bantuan tunai tahunan RM4,800 untuk keluarga miskin tegar.

Manifesto tersebut mengandungi 12 tunjang dan 159 tawaran itu digambarkan sebagai pelan komprehensif untuk meringankan beban rakyat dan memacu pembangunan negeri.

Pengerusinya, Muhyiddin Yassin, berkata Bantuan Prihatin Rakyat Sabah (BPRS) itu adalah intervensi segera menangani tekanan kos sara hidup.

“Ini komitmen nyata PN untuk memastikan rakyat Sabah tidak terus ketinggalan dari segi kesejahteraan ekonomi,” tegasnya semasa pelancaran manifesto di Putatan, hari ini.

Dalam bidang pendidikan, PN memperkenalkan Dana Didik Sabah bernilai RM300 juta untuk tempoh lima tahun. Dana itu akan bertindak sebagai tabung akses pendidikan bagi membantu murid luar bandar dan keluarga B40.

“Melalui dana itu, PN berjanji menyediakan pengangkutan ke asrama untuk murid pedalaman, bantuan peranti serta kelas bimbingan percuma,” jelas Muhyiddin.

Selain itu, pelajar Sabah yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung, Sarawak dan Labuan akan menerima subsidi tiket penerbangan Mahasiswa Sayang Sabah (MSS) sebanyak RM1,000 setahun.

Langkah ini dilihat sebagai sokongan penting untuk meringankan kos perjalanan pulang ke kampung.

Dari aspek kesihatan, PN melancarkan Program Sabah Prihatin (PSP) yang antara lainya menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan komuniti bergerak, Kompas Kesihatan Sabah (KKS), untuk pengesanan awal penyakit.

Bagi membantu golongan muda, skim bantuan p-hailing dengan peruntukan RM2.5 juta setahun diperkenalkan untuk 5,000 anak muda, merangkumi pembiayaan penyelenggaraan motosikal dan perlindungan insurans.

Muhyiddin menegaskan manifesto itu disusun berasaskan suara rakyat.

“Ini bukan manifesto kosong. Ia komitmen tanggungjawab yang PN bersedia laksanakan sebaik diberi mandat,” ujarnya.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
4 jam lalu· Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
4 jam lalu· Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
5 jam lalu· Politik
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
9 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
4 jam lalu · Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
9 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
9 jam lalu · Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
21 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
October 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok