Kerajaan belum bercadang hukum ibu bapa benarkan anak buka media sosial

November 24, 2025 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi menegaskan belum ada keputusan dibuat, sama ada di peringkat kementerian mahupun Kabinet, berhubung cadangan mengenakan hukuman terhadap ibu bapa yang membenarkan anak berusia 16 tahun ke bawah membuka akaun media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata fokus kerajaan ketika ini adalah menangani ketagihan media sosial dan internet dalam kalangan kanak-kanak, namun sebarang langkah baharu perlu dibincang secara menyeluruh.

“Kita ada keazaman politik untuk tangani isu ketagihan, tetapi apa-apa keputusan mesti dibuat dengan penelitian dan konsensus,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Nie Ching menjelaskan larangan membuka akaun media sosial tidak bermaksud melarang kanak-kanak menggunakan internet secara keseluruhan.

Katanya, tanggungjawab ibu bapa tetap penting dalam memantau kandungan yang diakses anak-anak.

“Isunya apabila ibu bapa beri telefon kepada anak-anak tapi tidak kisah apa kandungan yang mereka tengok. Adakah kita bersedia meletakkan hukuman terhadap ibu bapa? Setakat ini tiada keputusan,” ujarnya.

Beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH–Bayan Baru) mengenai kemungkinan kerajaan menghukum ibu bapa yang membenarkan anak bawah 16 tahun mendaftar akaun media sosial.

Semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, memaklumkan kerajaan menyasarkan larangan pembukaan akaun media sosial bagi golongan bawah 16 tahun bermula tahun depan, selaras keputusan Kabinet untuk mengekang jenayah siber dan melindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual.

Nie Ching turut menyokong pandangan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH–Balik Pulau) Malaysia tidak harus bertindak terburu-buru seperti Australia yang akan melaksanakan larangan serupa mulai 4 Disember, tanpa kajian mendalam.

Mengenai pelaksanaan peraturan itu, beliau menegaskan kaedah pengesahan usia akan digunakan di Malaysia, berbeza dengan pendekatan Australia.

“Untuk pengesahan usia, proses eKYC perlu dilakukan. Platform memang boleh laksanakan perkara ini dan kita akan maklumkan kepada mereka serta tunggu maklum balas,” katanya.

Berita berkaitan
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
April 30, 2026· Isu semasa
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
April 30, 2026· Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
April 29, 2026· Isu semasa
Krisis Negeri Sembilan tak beri kesan kepada kerajaan pusat: Fahmi
April 28, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
2 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
3 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
3 jam lalu · Isu semasa
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
22 jam lalu · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok