Tei buat pendedahan terbaharu pula beri wang kepada Shamsul Iskandar: Laporan

November 25, 2025 · Politik

Ahli perniagaan, Albert Tei membuat satu lagi dakwaan mengejutkan dengan mendedahkan butiran pembayaran wang tunai dan barangan yang diberikan kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin.

Tei mendakwa telah memberikan lebih RM600,000 kepada Shamsul, selepas diyakinkan wang itu boleh membantunya mendapatkan semula wang yang didakwa disalurkan kepada ahli politik di Sabah.

Beliau mendakwa telah menyusun dokumen setebal 300 muka surat termasuk resit dan tangkapan skrin WhatsApp sebagai bukti.

“Saya telah memberikan sejumlah RM629,000 kepada Shamsul. Semua ini didokumenkan dengan jelas,” dakwanya dipetik laporan Malaysiakini.

Antara pembayaran yang didakwa termasuk pembiayaan pengubahsuaian dan perabot untuk dua hartanah – satu di Bangsar dan sebuah kediaman pegawai kerajaan di Putrajaya.

Barangan yang dibeli dilaporkan meliputi perabot kulit, sistem hiburan rumah, mesin basuh, pengering pakaian dan kerusi urut.

Tei turut mendedahkan gambar ‘sebelum dan selepas’ yang menunjukkan penambahbaikan pada kediaman berkenaan.

Beliau juga mendakwa membelanjakan ribuan ringgit untuk cerut premium dan upah menjahit sut untuk Shamsul, termasuk menunjukkan salinan resit dan ukuran badan.

“Wang tunai juga didakwa bertukar tangan dalam beberapa pertemuan, termasuk RM100,000 di Kuala Lumpur dan USD$6,000 pada Oktober lalu,” katanya.

Tei mendakwa diperkenalkan kepada Shamsul oleh seorang wanita yang bertindak sebagai proksi, dengan pertemuan pertama berlaku di sebuah kedai cerut di Kota Kinabalu pada November 2023.

Sejak November lalu, Tei telah mendedahkan beberapa dokumen dan rakaman yang mengaitkan lebih sedozen ahli politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam skandal rasuah untuk mendapatkan lesen perlombongan.

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
2 jam lalu· Politik
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
6 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
August 24, 2026· Isu semasa
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
2 jam lalu · Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
2 jam lalu · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
4 jam lalu · Politik
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
5 jam lalu · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok