Mustapha Sakmud.
Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang ditahan dalam operasi serbuan sebuah pusat sauna di Chow Kit minggu lalu telah diarahkan meletakkan jawatan dengan serta-merta.
Arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) susulan penahanan pegawai berkenaan, yang berkhidmat di Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Mustapha Sakmud mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Unit Integriti kementeriannya telah memulakan siasatan dalaman serta tindakan tatatertib mengikut peraturan perkhidmatan.
“KPT menegaskan bahawa tiada sesiapa dikecualikan daripada proses undang-undang dan tatakelola,” jelas Mustapha dalam satu kenyataan.
“Sebarang tindakan lanjut akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan Unit Integriti serta kerjasama dengan pihak berkuasa,” tambahnya lagi.
Beliau turut menyeru semua pihak menghormati proses tersebut.
“Sebagai Timbalan Menteri, saya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan integriti penyiasatan,” katanya.
Serbuan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa pada Jumaat lalu itu menyaksikan seramai 201 individu ditahan di sebuah premis dua tingkat yang beroperasi sebagai gimnasium dan sauna.
Daripada jumlah itu, 17 orang adalah penjawat awam termasuk guru, doktor, Timbalan Pendakwa Raya, dan pegawai dari agensi penguatkuasaan.
Tindakan segera KPT itu diambil bagi menjaga integriti dan imej perkhidmatan awam, selari dengan dasar kementerian yang tidak bertolak ansur dengan sebarang perbuatan yang melanggar etika dan undang-undang.
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
Penempatan Rohingya ke Turkiye: Zahid umum lulus, Mat Sabu kata Kabinet belum bincang
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
Pua persoal Zahid, ungkit kegagalan GST era Najib
MINDEF tubuh jawatankuasa khas siasat skandal dadah TUDM
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan