Harga mingguan minyak.
Pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95 yang bermula September lalu dijangka menjimatkan perbelanjaan kerajaan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata unjuran itu dibuat berdasarkan analisis penggunaan domestik dan andaian kira-kira 20 peratus pengguna semasa adalah golongan tidak layak.
“Semasa menangani ketirisan subsidi, pendekatan kerajaan secara penyasaran subsidi memiliki kelebihan tidak menyebabkan peningkatan kadar inflasi mendadak,” jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis kepada parlimen.
Beliau menegaskan langkah ini penting untuk mengurangkan liabiliti jangka panjang dan menstabilkan kedudukan fiskal negara.
Jangkaan penjimatan itu mengambil kira pelbagai senario harga minyak mentah global serta penghapusan subsidi kepada kumpulan tidak disasarkan seperti warga asing dan pengguna komersial.
Anwar menekankan pendekatan ini juga lebih adil kerana mengambil kira keperluan berbeza dalam kalangan rakyat.
“Melalui pendekatan penyasaran subsidi, kadar inflasi dijangka kekal di bawah dua peratus untuk 2025 dan 2026. Ia membantu dari segi kos sara hidup dengan menampung tahap penggunaan berbeza dalam kalangan rakyat,” ujarnya.
Beliau menegaskan rasionalisasi subsidi bukanlah langkah yang akan menambah hutang negara, sebaliknya merupakan strategi penting untuk mengukuhkan keyakinan pelabur. Hasil penjimatan yang diperoleh akan dijana semula untuk manfaat rakyat.
“Penjimatan melalui penyasaran subsidi ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat dan pembiayaan pembangunan kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam negara. Ini adalah inisiatif membantu meringankan beban rakyat,” tegas Anwar.
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum