Tuduhan Rafizi: SPRM nafi diperalat, tegas siasatan ikut prosedur

December 8, 2025 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak sekeras-kerasnya dakwaan digunakan untuk menekan pemimpin tertentu dalam pemilihan parti PKR baru-baru ini.

Kenyataan SPRM itu dibuat sebagai menjawab tuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam wawancara Podcast baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, SPRM menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan tidak benar dengan menegaskan semua siasatan hanya dilaksanakan berlandaskan aduan dan maklumat yang diterima.

“SPRM menegaskan bahawa siasatan hanya dijalankan berdasarkan aduan atau maklumat yang diterima.

“Setiap aduan yang mempunyai asas akan melalui proses pengesahan dan siasatan mengikut undang-undang serta prosedur yang ditetapkan,” jelas kenyataan tersebut.

Rafizi, dalam rakamannya, mendakwa beberapa anggota PKR yang dilihat tidak digemari pemimpin tertentu telah disiasat, termasuk mereka yang bertanding menentang Nurul Izzah Anwar untuk jawatan timbalan presiden parti.

Beliau juga membangkitkan kes seorang calon sehaluannya yang disiasat kerana membeli rumah lelong secara tunai.

SPRM turut menafikan dakwaan ia ‘mengepung’ rumah seorang individu dalam siasatan.

Menurutnya, tindakan itu adalah kaedah siasatan biasa untuk mengelak pelupusan bukti.

“Selepas pengesahan bahawa individu tersebut tiada di rumah ketika itu, pegawai telah beredar. Keesokan harinya, individu berkenaan hadir sendiri ke pejabat SPRM, rakaman percakapannya diambil dan beliau dibebaskan tanpa penahanan,” jelas suruhanjaya itu.

SPRM mengulangi bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh membuat aduan rasmi melalui saluran yang sah bagi penilaian yang telus, dan mengelakkan tohmahan tanpa bukti tersebar di media sosial.

Berita berkaitan
Bekas COO Tabung Haji didakwa terima kos ubah suai RM302,499: Bernama
2 jam lalu· Isu semasa
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
September 22, 2026· Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
September 21, 2026· Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Wanita PKR gesa institusi raja tidak dijadikan medan politik
2 jam lalu · Politik
Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya: Zahid
2 jam lalu · Politik
MB sahkan Exco Negeri Sembilan dilarang masuk pejabat selepas titah Tuanku
2 jam lalu · Politik
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama
8 jam lalu · Politik
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok