Naib Presiden UMNO, Johari Abdul Ghani.
Ikatan lebih lima dekad antara Barisan Nasional (BN) dan MCA kekal kukuh, menurut Naib Presiden UMNO, Johari Abdul Ghani.
Kenyataan ini dibuat susulan resolusi MCA semalam yang menegaskan pendiriannya dalam gabungan itu yang juga membuat ketetapan menolak kerjasama dengan DAP.
Johari, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, mengesahkan MCA masih merupakan sebahagian daripada BN dan hubungan kedua-dua parti berada dalam keadaan baik.
“Setakat hari ini, saya nampak MCA masih kekal bersama BN. Kita perlu menerima hakikat bahawa sukar bagi mana-mana negara memiliki parti politik yang berkuasa penuh.
“Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah menyesuaikan diri,” jelas Johari kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 100 Tahun Penyelidikan Getah hari ini.
“Namun, hubungan BN dan MCA sangat rapat, lebih daripada 50 tahun,” tambahnya.
Kenyataan Johari ini dilihat sebagai mengukuhkan lagi kesatuan BN, sehari selepas MCA dalam mesyuarat jawatankuasanya membuat resolusi untuk kekal dalam barisan tersebut.
Semasa perhimpunan semalam, MCA turut menyatakan bahawa mereka bersedia menilai semula kedudukan strategik mereka sekiranya UMNO memilih untuk bekerjasama secara khusus dengan DAP menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU1-6).
Johari menekankan setiap parti dalam pakatan mempunyai agenda dan keutamaan tersendiri, dan sebarang keputusan besar akan bergantung kepada perbincangan serta pertimbangan dalaman masing-masing.
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum