Pemuda UMNO dakwa DAP main isu UEC untuk pulih sokongan kaum Cina

December 12, 2025 · Politik

Tuntutan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang kembali diperkatakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah didakwa sekadar strategi politik DAP untuk meraih semula sokongan pengundi, terutama selepas kekalahan besar parti itu di semua kerusi ditandingi.

Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin berkata tindakan DAP membangkitkan semula isu tersebut hanya menimbulkan persoalan, lebih-lebih lagi apabila ia tidak dibincangkan lebih awal di peringkat kerajaan.

“Amat pelik isu sebesar ini hanya muncul selepas PRN. Kalau benar serius, ia sepatutnya dibincang secara dalaman kerana DAP adalah komponen dalam kerajaan dan Kementerian Pendidikan pula dipimpin rakan gabungan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Hafiz menegaskan UEC bukan isu remeh kerana terdapat kandungan dan silibus yang didakwa tidak seiring dengan Perlembagaan Persekutuan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Menurutnya, pengiktirafan tidak boleh dibuat selagi tiada penyelarasan mengikut kehendak sistem pendidikan negara.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pemimpin DAP, Nga Kor Ming, yang tiba-tiba mengangkat isu itu selepas keputusan PRN Sabah.

“Saya lihat ini lebih kepada usaha mengembalikan keyakinan pengundi tegar mereka. Ia satu ‘political stunt’ dan sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Hafiz berkata isu tersebut seharusnya dijawab oleh PKR dan Menteri Pendidikan, bukan dibebankan kepada pihak lain.

Menurutnya, pendirian UMNO jelas UEC tidak selaras dengan dasar pendidikan negara.

“Kalau UMNO tak setuju sekalipun, tetapi Perdana Menteri, Menteri Pendidikan dan Kabinet setuju, pengiktirafan tetap boleh berlaku. Jadi persoalannya, adakah DAP gagal meyakinkan mereka?” ujarnya.

Beliau berkata persoalan itu perlu dijawab oleh kepimpinan Pakatan Harapan sendiri, memandangkan tuntutan UEC datang daripada parti komponen mereka.

Hafiz menegaskan UMNO akan terus mempertahankan sistem pendidikan kebangsaan yang telah dibina sejak merdeka.

“Tanggungjawab membuktikan bahawa UEC sesuai dengan acuan negara bukan pada UMNO. DAP kena selesaikan isu ini dalam rumah mereka dan buktikan UEC boleh diselaraskan serta mematuhi perlembagaan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak meniup sentimen perkauman berhubung perbezaan dasar pendidikan kerana ia hanya akan menjejaskan keharmonian negara.

Berita berkaitan
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
11 jam lalu· Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
11 jam lalu· Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
13 jam lalu· Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
3 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
3 jam lalu · Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
3 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
9 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok