Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyaksikan pertukaran MoU antara kerajaan Melaka dan MCMC.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kerajaan Negeri Melaka hari ini mengukuhkan komitmen untuk memacu transformasi digital negeri tersebut melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan Inisiatif Bandar Pintar Melaka.
Majlis yang disaksikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dan Ketua Menteri Melaka, Ab. Rauf Yusoh itu, memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur digital dan sistem keselamatan pintar, selaras dengan Blueprint Melaka Pintar 2035.
Menurut MCMC, kerjasama strategik ini akan memperluas akses kepada perkhidmatan digital yang penting.
“Kerjasama ini akan memperkukuh pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar Melaka, khususnya dalam menyediakan infrastruktur kesalinghubungan pintar dan sistem keselamatan awam yang lebih efektif,” jelas pihak MCMC dalam satu kenyataan.
Inisiatif tersebut merangkumi penyediaan Wi-Fi awam berkelajuan tinggi, pembangunan rangkaian gentian optik berskala masa depan, serta pemasangan tiang pintar (‘smart pole’) untuk liputan rangkaian yang lebih luas di seluruh negeri.
Aspek keselamatan awam dan pengurusan bandar pula akan diperkasa melalui pembangunan Network Operation & Command Centre yang menyokong pemantauan trafik dan keselamatan secara masa nyata.
Sementara itu, Ab. Rauf Yusoh berkata, manfaat inisiatif ini akan dinikmati secara langsung oleh rakyat.
“Pelaksanaan MoU ini bakal memberikan akses internet yang lebih pantas, mempertingkat kecekapan perkhidmatan kerajaan digital, dan mengukuhkan sistem pengurusan bencana. Ia juga akan merangsang pertumbuhan ekonomi digital dalam sektor seperti pelancongan dan PKS,” katanya.
Kerjasama ini diharap dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan baharu, sekaligus menjadikan Melaka sebagai hab digital yang inklusif dan mampan, demi manfaat seluruh masyarakat.
Anwar kehilangan abang tercinta, mohon doa buat Idrus Ibrahim
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5.7 peratus tahun ini: Firma
Bekas COO Tabung Haji didakwa terima kos ubah suai RM302,499: Bernama
Malaysia terus terbuka pelaburan teknologi China: Anwar
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum