Isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Ketika perdebatan mengenai pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kembali memanas, Presiden Dong Zong, Tan Yew Sing menyatakan harapan agar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menunjukkan kebijaksanaan serta keberanian politik untuk membuat keputusan yang mampu merentas segala halangan demi masa depan negara.
Menurut Yew Sing, pengiktirafan UEC penting bagi mengelakkan Malaysia terus kehilangan tenaga mahir, namun beliau menegaskan pengiktirafan kerajaan bukan matlamat utama kewujudan UEC dan sistem itu tidak akan mengorbankan identiti semata-mata untuk diterima kerajaan.
“Kami sedar ada pihak yang memanipulasi isu UEC untuk tujuan politik dan perkauman.
“Sebab itu kami lebih berharap perdana menteri mempunyai kebijaksanaan dan keberanian politik untuk merentas duri dan semak,” katanya dalam sidang media bersama Dong Zong dan Hua Zong, semalam.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan pembangkang yang selama ini berusaha memperjuangkan isu berkenaan, sambil menegaskan UEC tidak pernah diwujudkan bagi mendapatkan pengiktirafan rasmi.
“Lebih awal UEC diiktiraf memang lebih baik, tetapi UEC tidak akan mengorbankan ciri atau identitinya hanya untuk tujuan itu,” katanya.
Yew Sing juga menegaskan Dong Zong tidak akan merayu atau meminta simpati, sebaliknya akan terus memperkukuh sistem pendidikan Cina di Malaysia dengan meningkatkan kualiti UEC dari semasa ke semasa.
“Kerajaan boleh datang dan pergi. Kami tidak meminta simpati, kami tidak merayu dan kami juga tidak akan mudah berasa selesa. Kami hanya akan terus berusaha menjadi lebih kuat,” katanya, sambil memetik prinsip pendidikan Cina yang menekankan usaha berterusan memperbaiki diri.
Beliau turut memberi amaran kegagalan kerajaan mengiktiraf UEC hanya akan merugikan negara dan mempercepatkan penghijrahan bakat ke luar negara.
Dalam perkembangan berkaitan, isu UEC kembali dibangkitkan oleh DAP susulan prestasi lemah parti itu dalam pilihan raya negeri Sabah, namun langkah tersebut menerima tentangan daripada beberapa pihak termasuk UMNO
Semalam, Anwar mengulas isu berkenaan dengan menegaskan sebarang tuntutan berkaitan bahasa perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
“Selepas kita menghormati dan menguasai bahasa Melayu, barulah kita boleh bincangkan perkara lain,” katanya.
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib