Rayuan akan difailkan susulan penolakan permohonan, kata peguam Anwar

June 4, 2025 · Politik

Rayuan akan dikemukakan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk merujuk lapan persoalan undang-undang berhubung isu kekebalan daripada tindakan saman terhadapnya.

Peguam Perdana Menteri, K. Rajasegaran memberitahu notis rayuan tersebut akan difailkan hari ini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan ia akan menjejaskan fungsi eksekutif seorang pegawai tertinggi kerajaan.

Kata Rajasegaran, persoalan undang-undang yang dibangkitkan menyentuh isu yang melangkaui fakta kes di hadapan mahkamah kerana ia turut melibatkan keterbatasan proses undang-undang dan maruah pegawai tinggi kerajaan.

“Kami turut akan memfailkan sijil perakuan segera bagi membolehkan rayuan di Mahkamah Rayuan, dipercepatkan,” katanya selepas ditemui wartawan di luar mahkamah.

Ujarnya, lapan persoalan itu bukan bersifat abstrak atau akademik kerana ia melibatkan isu perlembagaan yang serius dan belum diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Menurut Rajasegaran, isu yang dibangkitkan melibatkan implikasi perlembagaan yang luas dan perlu dimuktamadkan oleh mahkamah tertinggi negara.

Terdahulu, Hakim Roz Mawar Rozain menolak permohonan Anwar untuk merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan isu kekebalan daripada tindakan saman yang difailkan bekas penyelidiknya, Muhammad Yusoff Rawther.

Hakim Roz Mawar turut memerintahkan perbicaraan yang dijadualkan bulan ini selama tujuh hari iaitu pada 16 hingga 19 Jun dan 23 hingga 25 Jun, dimulakan pendengarannya.

Ujar Rajasegaran, pihaknya turut akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan lisan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan yang ditetapkan pada 16 Jun ini.

Dua minggu lalu, Anwar memfailkan agar mahkamah tertinggi negara memutuskan sama ada Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan memberi beliau kekebalan bersyarat daripada saman berkenaan.

Perdana Menteri turut memohon agar mahkamah mempertimbangkan sama ada saman tersebut menjejaskan keupayaannya menjalankan tugas eksekutif serta melemahkan prinsip pengasingan kuasa yang dijamin oleh Perlembagaan.

Yusoff memfailkan saman terhadap Anwar pada 2021 selepas mendakwa diserang secara seksual di kediaman Presiden PKR itu di Segambut pada Oktober 2018.

Dalam saman yang difailkannya, bekas penyelidik itu mendakwa, kejadian tersebut berlaku pada 2018, sebelum Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Berita berkaitan
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
19 jam lalu· Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
19 jam lalu· Politik
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
19 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
19 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
19 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
19 jam lalu · Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
24 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
24 jam lalu · Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok