Kerajaan kekal dengan keputusan pengharaman vape tahun depan: Dr Dzulkefly

December 16, 2025 · Isu semasa

Kerajaan kekal dengan pendirian untuk melaksanakan pengharaman penuh ke atas rokok elektronik atau vape, dengan satu memorandum khusus dijangka dibentangkan pada awal tahun hadapan.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Memorandum Jemaah Menteri berkenaan sedang dalam proses dimuktamadkan, selepas tidak sempat dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet sebelumnya.

“Memang kita ke arah pengharaman, isu pokoknya adalah bila. Saya yakin seberapa segera, seperti yang pernah saya katakan iaitu pada pertengahan 2026 atau selewat-lewatnya hujung tahun hadapan,” katanya dalam sidang akhbar dipetik laporan media.

Beliau menegaskankeputusan ini akan diteruskan meskipun terdapat pelbagai pandangan, berikutan peningkatan kes-kes kemudaratan kesihatan yang dikaitkan dengan penggunaan vape.

“Ini termasuk cecair vape yang dicemari bahan terlarang seperti ganja sintetik,” jelasnya.

Sementara itu, sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Ismuni Bohari, bersama pakar perunding kesihatan awam, Prof Dr Lokman Hakim Sulaiman, sedang giat menjalankan kajian menyeluruh.

Kajian itu merangkumi kesan dan implikasi perundangan pengharaman vape terhadap masyarakat.

Sebelum ini, diumumkan bahawa pelaksanaan larangan ini akan dilakukan secara berperingkat.

Ia akan bermula dengan pengharaman sistem vape terbuka, sebelum diperluas ke semua jenis peranti vape sehingga meliputi keseluruhan produk tersebut.

Berita berkaitan
Warga Rohingya tetap bayar caj rawatan, tiada subsidi diberikan: Dr Dzulkefly
June 15, 2026· Isu semasa
Kerajaan tanggung kos pos ubat 80,000 pesakit mulai Julai: Fahmi
June 15, 2026· Isu semasa
Jangan tutup pintu kerjasama politik, UMNO jangan bakar jambatan: Amanah
June 8, 2026· Politik
Pelajar di Melaka ditahan kes vape mushroom libatkan remaja perempuan
May 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
5 jam lalu · Isu semasa
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
6 jam lalu · Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
6 jam lalu · Isu semasa
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
6 jam lalu · Isu semasa
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok