Algoritma media sosial ancam minda kanak-kanak: Fahmi

December 26, 2025 · Isu semasa

Algoritma media sosial yang direka untuk mengekalkan perhatian pengguna disifatkan semakin membimbangkan, khususnya terhadap keselamatan dan perkembangan minda kanak-kanak.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata sistem tertutup yang menjadi “ramuan rahsia” platform digital mendorong ketagihan berpanjangan dan memberi kesan lebih buruk kepada golongan muda.

Menurutnya, orang dewasa masih mempunyai keupayaan kawalan kendiri untuk berhenti menggunakan platform digital kerana komitmen kerja dan tanggungjawab harian, namun kanak-kanak yang membesar dengan algoritma sedemikian berada dalam situasi berbeza.

“Apabila mereka belum matang dari segi kawalan diri, pendedahan berterusan ini boleh menjejaskan perkembangan minda dan mencetuskan ketagihan,” katanya dalam temu bual bersama Bernama.

Kebimbangan itu, katanya, diperkukuh dengan taklimat Polis Diraja Malaysia yang menunjukkan peningkatan ketara jenayah di media sosial.

Fahmi menjelaskan tiga bentuk jenayah paling merisaukan ialah jenayah seksual terhadap kanak-kanak, penipuan dalam talian dan judi atas talian.

“Angkanya sangat menggerunkan dan berlaku di hampir semua platform utama,” katanya.

Beliau turut mendedahkan kewujudan kumpulan Facebook bernama “Awek Budak Sekolah” yang menghimpunkan puluhan ribu ahli, majoritinya lelaki, walaupun kandungannya jelas berunsur eksploitasi seksual kanak-kanak.

“Kumpulan seperti ini dibenarkan wujud terlalu lama. Ini kegagalan platform untuk bertindak tegas,” katanya.

Isu penipuan turut melibatkan tokoh awam apabila ratusan akaun palsu menggunakan nama Prof Dr Muhaya Mohamad untuk menjual produk kesihatan tidak wujud, sehingga menimbulkan kekeliruan dan tindakan susulan daripada pihak berkuasa.

“Akaun palsu masih ada walaupun isu telah dibangkitkan,” kata Fahmi.

Sehubungan itu, beliau menegaskan peranan ibu bapa amat penting dalam menjadikan internet ruang yang selamat.

“Peranti bukan pengasuh. Jika diserahkan bulat-bulat kepada anak selama berjam-jam, ia sangat berbahaya. Algoritma akan mencandukan anak-anak kita dan merosakkan masa depan mereka,” katanya.

Mengulas kebebasan bersuara, Fahmi menegaskan kerajaan tidak berniat menyekat kritikan, namun kebebasan itu tidak boleh disalahgunakan.

“Kita bebas bersuara, tetapi tidak bebas menyebarkan fitnah atau kandungan jenayah. Itu garis yang jelas,” katanya.

Berita berkaitan
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
18 jam lalu· Isu semasa
Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC
19 jam lalu· Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
April 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan usaha bebaskan aktivis GSF, PMX rayu keluarga terus kuat
13 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan kerajaan fokus belanja tidak kritikal, tak termasuk kesihatan dan pendidikan: MOF
18 jam lalu · Isu semasa
Misi Flotilla Gaza 2.0: 10 warga Malaysia disahkan terputus hubungan
18 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok