Anwar sambut baik gencatan senjata Kemboja-Thailand: Laporan

December 27, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyambut baik gencatan senjata serta-merta antara Kemboja dengan Thailand, yang berkuat kuasa pada 12 tengah hari, Sabtu.

Dalam hantaran Facebook hari ini, Anwar berkata keputusan untuk menghentikan pertempuran dan mengekalkan pasukan di kedudukan masing-masing, mencerminkan pengiktirafan bersama untuk mengawal diri, khususnya demi kepentingan orang awam.

Beliau berkata Kenyataan Bersama berhubung gencatan senjata itu menggariskan langkah-langkah praktikal dan positif, termasuk pengesahan oleh Pasukan Pemerhati ASEAN dan komunikasi secara langsung antara pihak berkuasa pertahanan.

“Langkah ini menyediakan asas kepada kestabilan, dan saya berharap kedua-dua pihak akan melaksanakannya dengan penuh komitmen.

“Ketika Malaysia menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Filipina pada tengah malam 1 Jan 2026, kami akan menyokong semua usaha untuk memastikan komitmen ini dipatuhi serta kredibiliti dan maruah ASEAN sebagai rantau aman terus terpelihara,” kata beliau.

Kemboja dan Thailand bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta berkuat kuasa tengah hari (waktu tempatan) pada Sabtu, sekali gus menamatkan konflik yang kembali memuncak pada 7 Dis.

Menteri pertahanan kedua-dua negara menandatangani Kenyataan Bersama Mesyuarat Khas Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Ketiga pada pagi Sabtu, iaitu hari ketiga mesyuarat berkenaan. – Bernama

Berita berkaitan
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
June 26, 2026· Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
June 26, 2026· Politik
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
June 26, 2026· Politik
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Sasar 5,010 peserta sertai latihan AI di NADI seluruh negara: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Portal rasmi KKM diserang penggodam
13 jam lalu · Isu semasa
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
June 26, 2026 · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
June 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok