Isu antara DAP dengan UMNO di Johor.
UMNO Bahagian Puchong mengumumkan keputusan untuk memutuskan semua bentuk kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) Puchong berkuat kuasa serta-merta, susulan kegagalan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, memohon maaf dalam isu membabitkan Najib Razak.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan UMNO Bahagian Puchong, parti itu sebelum ini telah memberikan tempoh selama 24 jam kepada Ahli Parlimen, Yeo Bee Yin untuk mengemukakan permohonan maaf.
Namun, sehingga tarikh akhir pada 24 Disember 2025 jam 4 petang, tiada sebarang maklum balas diterima.
Keadaan itu mendorong UMNO Bahagian Puchong mengambil keputusan muktamad untuk menamatkan kerjasama politik di peringkat bahagian itu.
“Keputusan ini diambil selepas kegagalan pihak berkenaan memenuhi tuntutan permohonan maaf dalam tempoh yang ditetapkan,” menurut kenyataan tersebut.
Penamatan kerjasama itu melibatkan semua bentuk hubungan politik di Parlimen Puchong serta kawasan DUN Seri Serdang dan DUN Seri Kembangan.
UMNO Bahagian Puchong tidak lagi akan mengadakan mesyuarat bersama, menyelaras program politik atau kemasyarakatan, selain menghentikan kerjasama dalam strategi, perancangan dan gerak kerja pilihan raya dengan PH Puchong.
Selain itu, UMNO Bahagian Puchong turut menarik diri daripada sebarang persefahaman politik setempat, termasuk perjanjian tidak rasmi, dan tidak lagi bertanggungjawab mempertahankan kepentingan politik PH Puchong.
Parti itu juga menegaskan kebebasan untuk mengambil pendirian sendiri dalam semua isu tempatan.
UMNO Bahagian Puchong menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu isyarat bantahan dan pendirian tegas terhadap sikap serta kenyataan pemimpin PH Puchong yang didakwa mencabar maruah parti, prinsip Perlembagaan Persekutuan dan penghormatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.
Bagaimanapun, parti itu menjelaskan langkah berkenaan tidak menjejaskan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional atau negeri.
“Keputusan ini hanya melibatkan pendirian politik di peringkat setempat dan tidak bercanggah dengan keputusan kepimpinan pusat,” jelas kenyataan itu lagi.
UMNO Bahagian Puchong turut memaklumkan akan bergerak secara solo di kawasan terlibat, manakala sokongan kepada calon PH Puchong dalam pilihan raya akan ditentukan secara bersyarat atau tidak diberikan sama sekali.
Kenyataan itu ditandatangani Setiausaha UMNO Bahagian Puchong, Mohamad Yusof Mohamed Yassin.
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
SPR keluar peringatan menjelang penamaan calon PRN Johor
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar