Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari.
Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari menyifatkan kontroversi penggunaan gelaran ‘Dr’ yang dikaitkan dengan dirinya sebagai isu yang sudah selesai susulan penjelasan rasmi oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
Beliau berkata, penjelasan MMC itu seharusnya menamatkan kekeliruan yang timbul sebelum ini dan membolehkan semua pihak memberi tumpuan kepada agenda yang lebih penting.
“Saya percaya MMC telah pun menjelaskan perkara ini dengan jelas,” katanya dipetik laporan media selepas lawatan kerja ke Kompleks Belia dan Sukan Kedah, hari ini.
Menurut Taufiq, fokus utamanya kini adalah memastikan aspirasi kerajaan diterjemahkan kepada hasil yang benar-benar memberi manfaat kepada belia dan pembangunan sukan negara.
“Keutamaan saya sekarang ialah kerja di kementerian. Kita mahu pastikan setiap dasar dan perancangan memberi impak bermakna kepada golongan belia,” katanya.
Pada 24 Disember lalu, MMC menjelaskan bahawa graduan perubatan dibenarkan menggunakan gelaran ‘doktor’ bagi mencerminkan kelayakan akademik mereka, walaupun mereka tidak berdaftar sebagai pengamal perubatan dengan badan itu.
Penjelasan tersebut dibuat susulan perbahasan awam berhubung penggunaan gelaran berkenaan oleh beberapa individu.
Namun begitu, isu berkenaan terus dibangkitkan oleh pihak pembangkang, khususnya berkaitan status universiti tempat Taufiq menamatkan pengajian, iaitu Universitas Islam Bandung, yang didakwa tidak diiktiraf oleh kerajaan, MMC atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Mengulas lanjut, Taufiq menegaskan tidak mahu isu berkenaan mengganggu pelaksanaan tanggungjawabnya sebagai menteri.
“Sekarang adalah masa untuk kita bergerak ke hadapan dan melaksanakan kerja. Saya memohon ruang dan masa supaya usaha memperkukuh pembangunan belia serta perlindungan sukan dapat diteruskan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan lawatan kementerian ke kemudahan sukan dan belia di peringkat negeri bukan sekadar bersifat rutin, sebaliknya bertujuan menilai kesiapsiagaan, kebajikan serta pelaksanaan program di peringkat akar umbi.
“Saya juga mahu dengar sendiri maklum balas pegawai belia dan sukan supaya isu yang ada dapat ditangani di peringkat kementerian,” katanya.
Pengasingan AG dan Pendakwa Raya ambil masa setahun, perlu 148 undi MP
Beras masih cukup, jangan buat pembelian panik: Mohamad Sabu
MMM mahu hak pekerja Utusan, Kosmo! dilindungi
Kes scam: Janji untung 50 peratus, pesara guru rugi RM521,787
Seludup rokok: Datuk antara tiga ditahan SPRM, rasuah polis RM1 juta
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum