Tiada penalti CP500 tahun Ini, LHDN beri tempoh peralihan

January 5, 2026 · Isu semasa

Pembayar cukai individu yang menerima Notis Bayaran Ansuran (CP500) tidak akan dikenakan sebarang penalti pada tahun ini, susulan keputusan kerajaan memberi tempoh peralihan bagi pematuhan bayaran tersebut, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam satu kenyataan, LHDN memaklumkan kelonggaran itu diberikan kepada pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan daripada punca penggajian serta bukan penggajian seperti sewaan, faedah dan royalti, bagi pelaksanaan CP500 untuk Tahun Taksiran 2026.

“Dalam tempoh peralihan ini, tiada penalti akan dikenakan sekiranya pembayar cukai tidak membuat bayaran ansuran CP500. Namun begitu, pembayar cukai digalakkan untuk membuat bayaran secara sukarela bagi mengurangkan beban bayaran baki cukai ketika pemfailan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) nanti,” menurut kenyataan itu.

LHDN turut menjelaskan pembayar cukai yang hanya mempunyai pendapatan daripada penggajian tidak diwajibkan mematuhi arahan bayaran ansuran CP500.

Bagaimanapun, mereka dinasihatkan supaya mengemas kini maklumat pendapatan dalam BNCP bagi Tahun Taksiran 2025 bagi mengelakkan penerimaan notis CP500 pada masa hadapan.

Bagi pembayar cukai yang ingin menyemak semula amaun bayaran ansuran berdasarkan anggaran pendapatan dan cukai kena dibayar untuk Tahun Taksiran 2026, pindaan boleh dibuat melalui Borang CP502.

Pindaan pertama perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 Jun, manakala pindaan kedua sebelum atau pada 31 Oktober.

“LHDN menyarankan semua pembayar cukai melaporkan pendapatan dengan betul dan tepat dalam BNCP bagi memastikan pengurusan cukai yang lebih cekap dan teratur,” menurut kenyataan itu lagi.

Tambah LHDN, pihaknya juga akan menghubungi pembayar cukai yang terlibat sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam pelaporan pendapatan yang telah dikemukakan sebelum ini, bagi memastikan pematuhan cukai dilaksanakan dengan lebih jelas dan adil.

Langkah ini dilihat sebagai pendekatan lebih fleksibel untuk membantu pembayar cukai menyesuaikan diri dengan perubahan sistem, sambil menggalakkan budaya pematuhan cukai secara sukarela.

Berita berkaitan
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
November 24, 2026· Isu semasa
Pua persoal Zahid, ungkit kegagalan GST era Najib
November 23, 2026· Isu semasa
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
November 22, 2026· Politik
Mahkamah tolak semakan kehakiman Mukhriz isu cukai RM5 juta LHDN
November 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026 · Isu semasa
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok