Anwar Ibrahim bakal menerima ‘Order of the Republic’, anugerah tertinggi Turkiye yang akan disampaikan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Anwar Ibrahim bakal menerima ‘Order of the Republic’, anugerah tertinggi Turkiye yang diberikan kepada pemimpin luar, sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke negara itu bermula hari ini hingga Khamis.
Anugerah berprestij berkenaan akan disampaikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam satu istiadat rasmi di Kompleks Presiden, sebagai pengiktirafan terhadap peranan Anwar dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Turkiye yang kini berada pada tahap strategik.
Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal, berkata ‘Order of the Republic’ diberikan kepada ketua kerajaan asing yang berjaya mendekatkan hubungan dengan Turkiye, khususnya dalam aspek diplomatik, politik dan ekonomi.
“Presiden Erdogan akan menganugerahkan Order of the Republic kepada Perdana Menteri semasa lawatan rasmi ini. Ia merupakan penghargaan tertinggi kepada seorang pemimpin yang telah memperkukuh dan mempererat hubungan Malaysia dan Turkiye,” katanya semasa sidang media di JW Marriott Ankara, hari ini.
Menurut Sazali, penganugerahan itu mencerminkan kepercayaan dan penghormatan Turkiye terhadap kepimpinan Anwar serta komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperluas kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.
Beliau berkata, hubungan erat Malaysia-Turkiye turut diperkukuh menerusi lawatan rasmi ini, selain penglibatan aktif kepimpinan kedua-dua negara dalam pelbagai platform strategik.
Sebagai tanda penghargaan, Presiden Erdogan bersama isterinya, Emine Erdogan, akan meraikan Anwar dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam satu majlis makan malam rasmi yang dijangka menjadi antara acara kemuncak lawatan tersebut.
Lawatan ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Turkiye atas jemputan Presiden Erdogan.
Perdana Menteri turut diiringi isteri serta beberapa anggota Kabinet termasuk Menteri Luar Mohamad Hasan, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Abdul Ghani.
Lawatan ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh kerjasama strategik Malaysia-Turkiye pada masa depan, selari dengan landskap geopolitik global yang semakin dinamik.
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar