AMK Kelantan gesa Akmal berundur sebagai Exco Melaka

January 7, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan menggesa Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh supaya meletakkan jawatan sebagai Exco Melaka susulan perbezaan pandangan beliau dengan kepimpinan tertinggi UMNO.

Ketua AMK Kelantan, Ezzat Hanuzi berkata, langkah itu wajar bagi membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berperanan sebagai ADUN biasa tanpa sebarang keistimewaan atau peruntukan khas.

“Akmal lepaskanlah jawatan sebagai Exco di Melaka supaya boleh bekerja sebagai ADUN biasa dan belajar bagaimana rasanya menjadi ADUN pembangkang tanpa kelebihan atau kemudahan khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ezzat, tindakan itu juga perlu disusuli dengan arahan kepada seluruh kepimpinan Pemuda UMNO di peringkat bahagian supaya melepaskan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tampil sebagai pembangkang yang berprinsip.

“Akmal juga boleh arahkan semua Pemuda UMNO di setiap bahagian supaya lepaskan jawatan dalam GLC dan bergerak sebagai pembangkang bermaruah,” katanya lagi.

Beliau menegaskan desakan tersebut timbul kerana pendirian Akmal dilihat semakin bercanggah dengan hala tuju Presiden UMNO serta pimpinan parti itu secara keseluruhan.

“Jelas pandangan Akmal kini tidak selari dengan pendirian Presiden UMNO dan barisan kepimpinan yang lain,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan Akmal memberi bayangan kemungkinan untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, beliau menyatakan bahawa dirinya telah melakukan yang terbaik untuk menyampaikan mesej kepada semua pihak.

“Saya rasa saya sudah buat yang terbaik. Jika ada kekurangan, mungkin ia datang daripada diri saya sendiri. Mungkin sudah sampai masa untuk beri laluan,” tulisnya.

Berita berkaitan
PMX umum peruntukan pembangunan untuk Kelantan naik RM8 bilion
April 18, 2026· Isu semasa
Isu harga minyak: Pemuda PKR kritik kenyataan Hadi, sifatkan sekadar retorik
April 15, 2026· Politik
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026· Politik
Samsuri sahkan pengunduran Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
April 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Cadangan tangguh PRN perlu dinilai secara realistik: Fuziah
2 jam lalu · Politik
Pendaftaran online: Ahli baharu UMNO cecah 3,700 dalam sehari
5 jam lalu · Politik
Fitnah isu takbir: MP PAS dan Harakah minta maaf kepada Menteri Pendidikan
22 jam lalu · Politik
Aktivis dan penyokong PKR berkumpul desak pengunduran Rafizi
23 jam lalu · Politik
Zahid tolak dakwaan PRN ditangguh kerana takut kalah
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok