Isu harga minyak: Pemuda PKR kritik kenyataan Hadi, sifatkan sekadar retorik

April 15, 2026 · Politik

Sayap pemuda PKR membidas kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang melabel pihak lain sebagai “bebal” dan “bangang” dalam isu pengurusan ekonomi negara.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin, berkata kenyataan tersebut tidak lebih daripada retorik kosong yang gagal membantu rakyat memahami cabaran ekonomi semasa.

“Tindakan itu hanya menunjukkan kegagalan pembangkang mengikuti perkembangan dasar kerajaan dalam berdepan krisis global,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan pujian Hadi terhadap negara seperti Jepun, yang menurutnya tidak dibuat berdasarkan kefahaman menyeluruh.

“Jepun melaksanakan subsidi secara bersasar, bukan secara pukal yang membebankan fiskal. Pendekatan ini juga sedang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini,” katanya.

Kenyataan itu hadir susulan kritikan Hadi di media sosial, di mana beliau mengaitkan kepimpinan ekonomi dengan kisah Nabi Yusuf AS. Dalam hantaran tersebut, Hadi menegaskan Nabi Yusuf menawarkan diri mentadbir ekonomi Mesir demi menyelamatkan rakyat daripada krisis, bukan untuk kesenangan peribadi.

Beliau juga berpandangan masalah ekonomi rakyat bukan berpunca daripada kekurangan hasil, sebaliknya kelemahan dalam pengurusan.

Mengulas lanjut, Danish menyifatkan kritikan Hadi sebagai tidak konstruktif kerana tidak disertakan dengan cadangan alternatif yang jelas.

“Tiada cadangan dasar, tiada angka, tiada mekanisme… hanya kata-kata keras tanpa isi,” katanya.

Menurut beliau, dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu, negara memerlukan kepimpinan yang berasaskan fakta dan tindakan, bukan sekadar retorik.

Kerajaan Madani kini sedang melaksanakan pelbagai reformasi termasuk penyasaran subsidi dan pengukuhan rantaian bekalan.

Usaha itu turut diselaraskan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menangani tekanan ekonomi global.

“Ekonomi hari ini bersifat global dan saling berkait. Ia tidak boleh ditangani dengan retorik semata-mata,” tambah Danish.

Berita berkaitan
Transformasi AI dan digital perlu sampai ke kampung: PMX
7 jam lalu· Isu semasa
Tuan Ibrahim persoal Zahid tuduh PAS sebagai ‘pengkhianat’ besar
12 jam lalu· Politik
Wujud persefahaman baik UMNO-BN dalam Kerajaan Perpaduan: Zahid
13 jam lalu· Politik
PMX paling susah terima soal kenaikan harga barang: Mat Sabu
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO sedia pertimbang bekas pemimpin Bersatu yang disingkir: Zahid
7 jam lalu · Politik
Bersatu tegas singkir ‘musuh dalam selimut’, elak sabotaj: MPT Bersatu
7 jam lalu · Politik
Mari sertai ‘Rumah Bangsa’ UMNO, Asyraf Wajdi pelawa pemimpin Bersatu disingkir
12 jam lalu · Politik
Status dua ADUN Kedah digantung Bersatu, Sanusi tunggu perkenan Sultan
13 jam lalu · Politik
Khlir dakwa kedudukan sebagai MP tidak terjejas walaupun digantung Bersatu
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok