Zahid tolak dakwaan PRN ditangguh kerana takut kalah

April 20, 2026 · Politik

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kerajaan bercadang menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor kerana bimbang kehilangan sokongan rakyat.

Ahmad zahid yang juga Presiden UMNO itu membidas kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, yang mendakwa cadangan penangguhan itu didorong rasa takut untuk berdepan keputusan pilihan raya.

“Janganlah apa yang dia buat dahulu, dia anggap orang lain juga akan buat perkara sama,” kata Zahid selepas merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun.

Ahmad Zahid turut menegaskan tidak timbul isu penangguhan PRN kerana keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan di tangan kerajaan Persekutuan, sebaliknya tertakluk kepada kuasa pemerintah negeri.

“Hal pembubaran DUN adalah hak mutlak pihak berkuasa negeri, termasuk Yang di-Pertua Negeri, Pemangku Sultan Johor dan Yang di-Pertuan Agong,” jelasnya.

Isu ini timbul susulan kenyataan Muhyiddin yang mendakwa terdapat usaha untuk menangguhkan PRN kerana kerajaan kini berdepan penurunan sokongan rakyat.

Pada masa sama, cadangan penangguhan turut dikaitkan dengan pandangan beberapa pihak termasuk Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, yang sebelum ini mencadangkan langkah itu bagi mengurangkan beban rakyat.

Cadangan tersebut dibuat dalam konteks tekanan ekonomi semasa, khususnya peningkatan kos sara hidup yang dipengaruhi krisis tenaga global dan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Namun, Ahmad Zahid menegaskan faktor tersebut tidak menjadi alasan untuk menangguhkan proses demokrasi di peringkat negeri.

Malaysia sebelum ini pernah menangguhkan beberapa proses pilihan raya ketika pandemik Covid-19, termasuk di bawah pentadbiran terdahulu, atas alasan keselamatan dan kesihatan awam.

Berita berkaitan
Sultan Selangor cadang tangguh SUKMA 2026 ekoran krisis dilanda negara
7 jam lalu· Isu semasa
Rumah Bangsa berjaya tarik lebih ramai nama besar sertai UMNO: Zahid
April 19, 2026· Politik
Tak perlu darurat tangguh PRN: Muhyiddin
April 19, 2026· Politik
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Fitnah isu takbir: MP PAS dan Harakah minta maaf kepada Menteri Pendidikan
April 20, 2026 · Politik
Aktivis dan penyokong PKR berkumpul desak pengunduran Rafizi
April 20, 2026 · Politik
PKR Tuaran desak Rafizi dipecat
7 jam lalu · Politik
DAP akan muktamadkan hala tuju politik semasa Kongres Khas 12 Julai
April 19, 2026 · Politik
Nurul Izzah dicadang bertanding di Parlimen Batu
April 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok