Kes saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hasan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berjaya dalam rayuannya apabila Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan telah memfitnah beliau berhubung isu Kristianisasi.
Mahkamah memerintahkan Musa membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Yeoh yang juga Ahli Parlimen Segambut susulan kenyataan yang dibuat dalam sebuah forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM) enam tahun lalu.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Azimah Omar sebulat suara membenarkan rayuan Yeoh.
Turut bersidang ialah Dr Choo Kah Sing dan Dr Shahnaz Sulaiman. Keputusan itu disampaikan di Putrajaya pada Selasa.
Mahkamah Rayuan berpendapat kenyataan Musa dalam forum berkenaan bersifat fitnah dan telah menjejaskan reputasi serta kredibiliti Hannah sebagai pemimpin politik.
Panel hakim turut mengambil kira kesan serius kenyataan itu terhadap imej awam beliau.
“Mahkamah mendapati kenyataan defendan melampaui batas kebebasan bersuara dan membawa maksud yang boleh merosakkan nama baik plaintif,” kata Azimah ketika membacakan keputusan.
Sebelum ini, pada 23 Disember 2024, Mahkamah Tinggi menolak saman Yeoh selepas memutuskan beliau gagal membuktikan elemen fitnah.
Bagaimanapun, keputusan itu kini diketepikan selepas Mahkamah Rayuan mendengar hujahan kedua-dua pihak pada 17 Oktober 2025.
Kes ini berpunca daripada saman yang difailkan Hannah pada tahun 2020, ketika beliau memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan. Ia berkait dengan ucapan Musa dalam satu forum pada 30 Januari 2020.
Yeoh mendakwa Musa menuduh beliau menulis buku ‘Becoming Hannah’ dengan tujuan menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian, mempunyai kaitan dengan mubaligh Kristian dan Yahudi untuk menjejaskan Islam serta mengutamakan kepentingan peribadi berbanding negara.
Selepas keputusan itu, Yeoh menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai satu kelegaan.
“Kebenaran akhirnya ditegakkan. Ini bukan sekadar untuk saya, tetapi tentang tanggungjawab dalam setiap kata yang diucapkan,” katanya.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib