Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Sultan Hassanal Bolkiah semasa Sidang Kemuncak Asean.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, yang dijadualkan menjalani rawatan kesihatan dalam masa terdekat.
Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata beliau mendoakan agar Sultan Hassanal dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
“Semoga Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan dan terus memerintah Negara Brunei dengan penuh hikmah serta kebijaksanaan,” katanya.
Sultan Hassanal dijadual menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan di Jerudong Park Medical Centre pada 18 Januari ini.
Pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei, Dato Paduka Seri Halbi Mohd Yussof, menerusi siaran langsung di saluran media rasmi kerajaan Brunei.
Menurut kenyataan berkenaan, rawatan itu telah dirancang lebih awal dan akan dijalankan di pusat perubatan berkenaan di Jerudong.
Ucapan dan doa yang disampaikan Anwar mencerminkan hubungan erat serta semangat persahabatan yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Brunei, khususnya di peringkat kepimpinan tertinggi kedua-dua negara.
Sebagai Perdana Menteri, Anwar sering menekankan kepentingan hubungan serantau yang stabil dan saling menghormati, selari dengan peranan ASEAN dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan bersama.
Pelajar IPTS warga asing ditemui maut di kondo, rakan senegara ditahan
Pemandu mabuk: Kerajaan teliti pampasan khas untuk mangsa kemalangan jalan raya
MyKad baharu libatkan kos RM120 juta setahun
Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan
FINAS bawa 11 syarikat tempatan ke festival animasi dunia
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar