Perolehan tentera, polis dibekukan sementara: Anwar

January 16, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengarahkan semua keputusan perolehan melibatkan tentera, polis dan agensi berkaitan yang dikaitkan dengan isu rasuah dibekukan sementara bagi memastikan setiap proses mematuhi peraturan serta bebas daripada salah guna kuasa.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu perlu untuk memberi ruang kepada penelitian semula dan penstrukturan sistem perolehan yang dilihat masih mempunyai kelemahan.

Menurut beliau, budaya memandang ringan rasuah masih wujud dan perlu dihentikan segera.

“Budaya buruk dan merosakkan ini mesti diperbaiki segera. Kita tak boleh normalisasikan kekayaan luar biasa yang datang daripada jawatan awam,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju hari ini.

Anwar turut menyentuh sikap segelintir pihak yang mempertahankan pemimpin lama walaupun berdepan siasatan rasuah, termasuk tokoh politik berpengaruh daripada UMNO.

Katanya, di Parlimen sendiri, tindakan terhadap bekas menteri yang memiliki kekayaan berbilion ringgit sering menerima tentangan.

Beliau menegaskan pembanterasan rasuah menuntut tekad politik yang konsisten serta kefahaman menyeluruh rakyat mengenai kesan buruk amalan itu.

“Jika RM10 juta atau RM20 juta diambil secara tidak sah, wang itu sepatutnya digunakan untuk kebajikan anggota bawahan atau projek kecil yang terus beri manfaat kepada rakyat,” katanya.

isu ini tercetus susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyita aset bernilai RM11.4 juta daripada dua kediaman bekas Panglima Tentera Darat (PTD), termasuk sebuah ‘rumah rahsia’ di Kuala Lumpur.

Rampasan itu melibatkan wang tunai, mata wang asing, jongkong emas, barang kemas, jam mewah serta sebuah kenderaan mewah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, dipetik berkata siasatan dijalankan menerusi Ops Parasit yang bermula 23 Disember lalu, hasil maklumat awal daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dalam kes sama, 75 akaun syarikat bernilai RM32.5 juta turut dibekukan.

Anwar berkata beliau kini menunggu laporan terperinci berhubung sebarang kelompongan dalam sistem perolehan, termasuk kelulusan perbelanjaan kecil yang mudah dimanipulasi.

Pada masa sama, beliau menghargai pendirian tegas Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, dalam menangani isu ini.

Berita berkaitan
Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke
8 jam lalu· Politik
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
8 jam lalu· Isu semasa
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
21 jam lalu· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
3 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
6 jam lalu · Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
22 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok