SPRM panggil sembilan individu berkait dakwaan skandal IJM: Azam Baki

January 20, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memanggil sembilan individu termasuk dua pengurusan tertinggi IJM Corporation bagi membantu siasatan dakwaan skim pengubahan wang haram bernilai sehingga RM2.5 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata semua individu terbabit dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bermula jam 10 pagi tadi selepas pihaknya menghubungi wakil berkaitan.

“Kita sudah panggil mereka dan pihak berkenaan memberi kerjasama. Dua pengurusan tertinggi akan hadir untuk ditemu bual hari ini. Tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih di peringkat awal,” katanya selepas Majlis Penyerahan Projek dan Perasmian Pusat Latihan Asas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Bandar Enstek.

Menurut Azam, siasatan membabitkan isu korporat yang kompleks dan memerlukan penelitian mendalam terhadap dokumen serta transaksi kewangan, justeru orang ramai diminta bersabar.

“Beri kami masa. Ini bukan siasatan yang boleh diselesaikan dalam sehari. Ia melibatkan struktur korporat dan transaksi besar, jadi kita perlu teliti satu demi satu,” katanya.

Beliau turut menegaskan masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan dakwaan tidak berasas di media sosial dan blog.

“Banyak maklumat di luar sana yang tidak tepat. Jangan buat kesimpulan awal kerana siasatan baru sahaja bermula,” katanya.

Siasatan ini tercetus susulan laporan pihak berkuasa United Kingdom, melalui Serious Fraud Office, melancarkan siasatan berkaitan dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah membabitkan transaksi pelaburan bernilai berbilion ringgit yang dikaitkan dengan beberapa eksekutif syarikat tempatan.

Kes ini juga muncul ketika IJM berada dalam tumpuan berikutan cadangan pengambilalihan oleh Sunway Group menerusi urus niaga bernilai kira-kira RM11 bilion, sekali gus mencetuskan perhatian pasaran dan pemerhati korporat.

SPRM menegaskan komitmen untuk menjalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh selaras dengan undang-undang, tanpa mengira status atau kedudukan mana-mana pihak.

Berita berkaitan
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
19 jam lalu· Isu semasa
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
19 jam lalu· Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026· Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
9 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
9 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
11 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
11 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
9 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok