PMX bersyukur prestasi ringgit cecah paras tertinggi sejak 2018

January 26, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur apabila nilai ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun.

“Alhamdulillah,” katanya ringkas ketika diminta mengulas prestasi mata wang negara itu oleh pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara hari ini.

Ringgit dibuka lebih kukuh pada sesi dagangan pagi, mencecah paras 3.9850/9950 berbanding dolar AS sekitar jam 8 pagi, meneruskan momentum positif daripada paras penutup 4.0045/0080 pada Jumaat lalu.

Kali terakhir ringgit berada pada paras hampir sama adalah pada 24 Mei 2018, ketika diniagakan pada 3.9797 berbanding dolar AS.

Pengukuhan berterusan itu didorong beberapa faktor utama, termasuk keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman, selain kelemahan Indeks Dolar AS di peringkat global.

Penganalisis melihat perkembangan ini sebagai petunjuk keyakinan pasaran terhadap kestabilan ekonomi Malaysia.

Sebelum ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa prestasi ringgit mencerminkan keberkesanan dasar ekonomi kerajaan, kestabilan politik serta peningkatan keyakinan pelabur asing dan domestik.

Menurut beliau, pengukuhan mata wang bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil pendekatan tadbir urus yang lebih telus dan berdisiplin.

“Ini adalah kesan daripada usaha berterusan kerajaan memastikan keamanan negara, pentadbiran yang cekap serta pendirian tegas dalam memerangi rasuah dan penyelewengan,” katanya dalam kenyataan terdahulu.

Rnggit sebelum ini berdepan tekanan susulan ketidaktentuan ekonomi global, kenaikan kadar faedah di AS dan sentimen pelabur yang berhati-hati.

Namun, beberapa bulan kebelakangan ini menyaksikan pemulihan beransur-ansur, sejajar dengan prestasi ekonomi domestik yang lebih stabil dan aliran masuk pelaburan yang positif.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
22 jam lalu· Politik
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
November 23, 2026· Isu semasa
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
November 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
9 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
9 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
9 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok