Isu jam tangan: Bekas Panglima Tentera Darat buat laporan polis terhadap Chegubard

January 27, 2026 · Isu semasa

Seorang bekas Panglima Tentera Darat, Mohammad Hafizuddeain Jantan tampil membuat laporan polis terhadap Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin, berhubung dakwaan jam tangan mewah bernilai ratusan ribu ringgit ketika hadir ke mahkamah baru-baru ini.

Dakwaan yang tular di media sosial itu menyebut Mohammad Hafizuddeain kononnya memakai jam berjenama Patek Philippe, namun dinafikan beliau dan menyifatkannya sebagai tidak benar serta mengelirukan orang ramai.

Peguamnya, Aizul Rohan Anuar berkata jam tangan yang dipakai anak guamnya sebenarnya adalah jam keluaran Angkatan Tentera Malaysia dan bukannya jam mewah seperti yang didakwa.

“Kenyataan yang dibuat oleh Chegubard memang tidak betul. Semasa hadir ke mahkamah, beliau memakai jam tanpa jenama mewah, sebaliknya tertera tulisan ‘Chief of Army’,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Menurut Aizul, gambar yang digunakan dalam hantaran tular itu mudah dimanipulasi sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

“Saya sendiri melihat jam tersebut pada hari pertuduhan. Saya boleh sahkan, itu bukan Patek Philippe,” jelasnya.

Beliau berkata Mohammad Hafizuddeain hadir ke IPD Dang Wangi sekitar jam 12.30 tengah hari untuk membuat laporan polis dan keterangannya telah dirakam.

Laporan itu juga melibatkan dakwaan penyebaran maklumat peribadi termasuk akaun perbankan milik anak guamnya.

“Perkara ini serius kerana melibatkan dokumen sulit. Orang awam tidak sepatutnya memiliki atau menyebarkan maklumat seperti ini,” katanya sambil menambah tindakan sivil sedang dipertimbangkan.

Isu ini tercetus ketika Mohammad Hafizuddeain berdepan beberapa pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.

Pada 23 Januari lalu, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan melibatkan RM145,000.

Sehari sebelumnya, beliau turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan melibatkan lebih RM2.12 juta.

Kes ini menjadi perhatian umum kerana beliau merupakan bekas Panglima Tentera Darat pertama yang didakwa di mahkamah berkaitan kes pengubahan wang haram melibatkan tender perolehan Tentera Darat Malaysia.

Berita berkaitan
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
19 jam lalu· Isu semasa
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
19 jam lalu· Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026· Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
9 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
9 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
11 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
11 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
9 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok