Rasuah ATM: Jika didapati bersalah mereka akan hilang maruah sebagai pahlawan

January 28, 2026 · Isu semasa

Kementerian Pertahanan memberi jaminan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa dan kecurangan integriti dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk melibatkan pegawai berpangkat tinggi.

Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin menegaskan, sesiapa sahaja yang didapati bersalah bukan sahaja berdepan tindakan undang-undang, malah akan kehilangan maruah sebagai anggota tentera.

“Mereka akan hilang kehormatan sebagai seorang pahlawan jika didapati bersalah,” katanya ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat berhubung isu rasuah dan salah guna kuasa dalam ATM.

Menurut beliau, semua kes jenayah akan diserahkan sepenuhnya kepada sistem keadilan negara, manakala kes melibatkan salah laku pentadbiran atau perbuatan tidak bermoral akan diadili melalui mahkamah ATM.

“Apa yang jelas, kementerian ini tidak akan melindungi sesiapa,” tegasnya.

Isu integriti dalam ATM kembali menjadi perhatian susulan beberapa siasatan berkaitan perolehan pertahanan dan dakwaan salah guna kuasa yang mencetuskan kebimbangan awam terhadap ketelusan pengurusan dana negara.

ATM sebelum ini dikenali sebagai institusi yang sinonim dengan disiplin dan kehormatan, justeru sebarang skandal dilihat memberi kesan besar terhadap kepercayaan rakyat.

Khaled berkata, kementerian akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi memastikan siasatan dijalankan secara bebas dan telus.

“Saya dan seluruh Kementerian Pertahanan berdiri bahu membahu dengan SPRM untuk membanteras rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Dalam usaha jangka panjang, kementerian sedang melaksanakan pembaharuan menyeluruh melibatkan tatakelola dan prosedur perolehan, termasuk penyusunan semula sistem sedia ada serta penggunaan digitalisasi bagi meningkatkan ketelusan.

Penggunaan kecerdasan buatan turut diperluas untuk membantu analisis kos, spesifikasi dan kecekapan perolehan berbanding negara lain.

Selain itu, penubuhan Lembaga Pengukuhan Keutuhan dan Amanah serta pelaksanaan kerangka Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dilihat sebagai langkah strategik untuk menutup ruang rasuah dan memperkukuh integriti institusi pertahanan.

“Matlamat utama kami adalah menutup ruang salah guna kuasa, meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memastikan ATM kekal diyakini rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
7 jam lalu· Politik
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
12 jam lalu· Isu semasa
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Rayuan ditolak, perbicaraan kes rasuah Guan Eng diteruskan
June 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
7 jam lalu · Isu semasa
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
7 jam lalu · Isu semasa
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
7 jam lalu · Isu semasa
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
8 jam lalu · Isu semasa
Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok