MP pembangkang puji usaha Mindef bersihkan ATM dari gejala rasuah

January 29, 2026 · Isu semasa

Seorang ahli Parlimen pembangkang tampil menyuarakan sokongan terhadap kepimpinan Khaled Nordin di Kementerian Pertahanan dalam berdepan cabaran besar susulan beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pegawai kanan angkatan tentera.

Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata beliau yakin Khaled mampu menangani kebimbangan serius berkaitan tadbir urus institusi pertahanan negara.

“Saya ingin menyatakan keyakinan dan kepercayaan saya terhadap keupayaan Menteri Pertahanan dalam menyelesaikan masalah ini. Amat malang beliau menerajui kementerian pada waktu yang sukar dan mencabar,” katanya ketika sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Ikmal merujuk kepada pertuduhan mahkamah terhadap bekas panglima tentera darat Hafizuddeain Jantan dan bekas panglima angkatan tentera Nizam Jaffar, yang menurutnya membuka ruang untuk pembaharuan menyeluruh dalam Kementerian Pertahanan.

“Saya menyokong tindakan awal yang diambil sejak krisis kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia berlaku. Setakat ini, bagi saya, menteri telah melakukan tugas dengan baik,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Ikmal menegaskan situasi ini tidak boleh ditangani secara sementara.

Beliau menggesa rombakan menyeluruh dilaksanakan bagi memperkukuh tadbir urus dan sistem perolehan pertahanan agar keyakinan rakyat dapat dipulihkan.

Semalam, Khaled mengakui tindakan mendakwa individu terlibat rasuah perlu disertai langkah jangka panjang.

Katanya, usaha itu penting bagi memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap angkatan tentera.

“Mengenal pasti dan mendakwa mereka yang terlibat adalah jauh dari mencukupi. Ia tidak akan menjadikan kementerian ini bersih sepenuhnya.

“Usaha ini akan diteruskan untuk memperkukuh kewibawaan kementerian dan ATM,” katanya dalam sesi taklimat menteri di Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Ikmal turut membangkitkan isu kurangnya tindakan terhadap pihak terlibat dalam projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai berbilion ringgit yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Beliau mempersoalkan peningkatan kos projek dan ketiadaan tindakan tegas terhadap syarikat terlibat, sambil memberi amaran bahawa kegagalan berbuat demikian boleh mencetuskan persepsi dwistandard dalam penguatkuasaan undang-undang.

Berita berkaitan
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
19 jam lalu· Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
24 jam lalu· Isu semasa
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
June 25, 2026· Politik
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
June 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
19 jam lalu · Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
19 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
June 25, 2026 · Isu semasa
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
June 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok