Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain.
Seorang pemimpin Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan kepimpinan PAS yang didakwa terus menampilkan tokoh-tokoh agama berusia dan uzur sebagai simbol serta perisai politik walaupun keadaan kesihatan mereka semakin merosot.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata, berasa sedih melihat keadaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang kini berdepan masalah kesihatan serius sehingga ada yang terpaksa menggunakan kerusi roda untuk menghadiri program parti.
“Saya sedih melihat Tok Guru Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS hari ini.
“Tubuh mereka uzur, kesihatan semakin rapuh dan ada yang sudah berkerusi roda. Itu satu realiti yang tak boleh dinafikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu merujuk kepada beberapa gambar yang tular di media sosial, memaparkan Abdul Hadi dan Hashim dibawa masuk ke sebuah program pemukiman PAS di Bangi semalam dengan menggunakan kerusi roda.
Program tersebut dilaporkan sebagai sebahagian usaha parti berkenaan menyatukan saf kepimpinan menjelang perkembangan politik semasa.
Menurut Wan Mahussin, isu yang dibangkitkan bukan soal kemampuan individu semata-mata, sebaliknya persoalan sejauh mana sebuah parti sanggup terus meletakkan beban kuasa politik ke atas bahu tokoh agama yang sepatutnya dihormati dan diberikan ruang untuk berehat.
“Sampai bila sosok setua ini perlu terus memikul beban kuasa? Bukankah Islam mengajar rahmah dan ihsan dalam kepimpinan?” soalnya.
Beliau berpandangan, tindakan terus membawa tokoh agama uzur ke pentas politik bukan lagi boleh dianggap sebagai perjuangan tulen.
“Apabila tokoh agama yang sepatutnya dimuliakan di penghujung usia masih dijadikan simbol dan perisai politik, itu bukan perjuangan. Itu eksploitasi,” katanya.
Tambah beliau, keadaan itu juga mencerminkan kegagalan PAS melahirkan pelapis kepimpinan serta ketakutan parti tersebut untuk melakukan peralihan kuasa secara matang.
“Jika benar menghormati Tok Guru, biarlah mereka berehat dengan tenang, bukan dipaksa terus hadir demi kelangsungan kuasa politik,” katanya.
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
Parti Rafizi terlalu taksub kritik kerajaan, tiada formula bantu rakyat: AMK
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar