Tun Faisal gesa Samsuri lapor polis isu dua kenyataan media berbeza di FB

7 jam lalu · Politik

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz mencadangkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar membuat laporan polis berhubung penularan satu kenyataan media yang didakwa palsu dan mengelirukan orang ramai.

Menurut Tun Faisal, kenyataan media berkenaan mula tular pada malam Isnin dan dipercayai disiarkan menerusi akaun Facebook milik Ahmad Samsuri sebelum ia dipadamkan tidak lama kemudian.

Katanya, kenyataan tersebut mengandungi dakwaan PN tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong serta pemerhati politik.

“Tidak berapa lama selepas itu, hantaran mengenai kenyataan media tersebut hilang dan digantikan dengan hantaran baharu yang memaparkan kenyataan Ahmad Samsuri mengenai keputusan Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi PN.

“Kali ini kandungannya berbeza dan tidak lagi mengandungi butiran bahawa PN tidak akan menyertai PRN Johor, Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, keadaan menjadi lebih mengelirukan apabila laman Facebook rasmi PN kemudiannya mengeluarkan kenyataan dokumen yang tular itu adalah palsu.

“Tidak semena-mena selepas itu laman Facebook rasmi PN mengeluarkan hantaran bahawa kenyataan media yang tular sebelum ini adalah FAKE atau PALSU.

“Sedangkan sudah ada beberapa orang saksi yang mengatakan mereka memperoleh kenyataan media itu daripada halaman Ahmad Samsuri sendiri. Malah mereka telah menangkap layar hantaran tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Tun Faisal berpandangan laporan polis perlu dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan untuk mengenal pasti sama ada berlaku pencerobohan akaun, penyalahgunaan identiti atau sebarang unsur lain yang menyebabkan kenyataan berkenaan tersebar.

Kontroversi itu muncul ketika spekulasi mengenai persiapan parti-parti politik menghadapi PRN Johor, Melaka dan Negeri Sembilan semakin hangat diperkatakan.

Setakat ini, tiada kenyataan lanjut dikeluarkan oleh Ahmad Samsuri berhubung dakwaan bahawa kenyataan media tersebut pernah dimuat naik di akaun Facebook miliknya sebelum dipadamkan.

Berita berkaitan
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
June 23, 2026· Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
June 23, 2026· Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
7 jam lalu· Politik
PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
June 23, 2026 · Politik
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
11 jam lalu · Politik
Bukan nama Wawasan, sebaliknya PN sahkan kemasukan PCM dan Pejuang
19 jam lalu · Politik
Kerjasama dengan Putrajaya kunci kemajuan Johor: Anwar
19 jam lalu · Politik
Johor terima lebih banyak peruntukan di bawah Kerajaan Madani: Saifuddin
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok