Thaipusam lambang harmoni, Anwar titip harapan

January 31, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu di negara ini, sambil berharap perayaan berkenaan membawa ketenangan jiwa dan terus menyuburkan rasa saling menghormati dalam masyarakat majmuk.

Menurut Perdana Menteri, Thaipusam bukan sekadar upacara keagamaan, malah sarat dengan nilai pengorbanan, keinsafan dan kekuatan spiritual yang wajar dihargai oleh semua lapisan masyarakat.

Nilai kesabaran, disiplin dan ketekunan yang dizahirkan sepanjang ibadat itu disifatkan sebagai asas penting dalam membina kehidupan bermasyarakat yang harmoni.

“Semoga Thaipusam dapat dilaksanakan dengan penuh kesyukuran dan tertib, sambil sentiasa menjunjung adab serta nilai yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau turut menekankankeharmonian yang sering disaksikan setiap kali sambutan keagamaan dan budaya di Malaysia membuktikan kepelbagaian bukan penghalang kepada perpaduan.

“Ketertiban dan keharmonian ini seharusnya menjadi cerminan bahawa hidup bersama dalam perbezaan bukan sesuatu yang asing, sebaliknya realiti yang telah lama membentuk jati diri Malaysia,” ujar beliau.

Anwar berharap sambutan Thaipusam tahun ini membawa ketenangan jiwa kepada penganut Hindu serta terus memperkukuh hubungan antara kaum dan agama di negara ini.

Semalam, beliau mengadakan lawatan ke Batu Caves bagi meninjau persiapan akhir sambutan Thaipusam yang diraikan hari ini.

Lawatan tersebut tertumpu di Kuil Sri Subramaniar Swamy, lokasi utama perayaan yang setiap tahun menarik kehadiran penganut dari dalam dan luar negara.

Antara tumpuan lawatan termasuk laluan perarakan dan reruai kementerian serta agensi kerajaan di tapak Madani Thaipusam yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung, termasuk pemeriksaan kesihatan.

Dalam lawatan kira-kira sejam itu, Anwar turut beramah mesra dengan penganut dan sukarelawan serta menghadiri taklimat keselamatan bagi memastikan sambutan berlangsung lancar.

Berita berkaitan
Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke
7 jam lalu· Politik
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
7 jam lalu· Isu semasa
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
21 jam lalu· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
3 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
5 jam lalu · Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
21 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok