RM1.4 bilion pendapatan tersembunyi dikesan melalui e-Invois

February 3, 2026 · Isu semasa

Sistem e-Invois membantu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengesan kira-kira RM1.4 bilion pendapatan yang sebelum ini tidak dilaporkan, sekali gus menunjukkan keberkesanan pendekatan digital dalam mengekang ketirisan hasil negara.

Menurut LHDN, semakan melalui sistem tersebut membolehkan pihaknya mengenal pasti pembayar cukai yang gagal melaporkan pendapatan bagi tujuan penguatkuasaan, selain memastikan keadilan kepada mereka yang patuh kepada undang-undang percukaian.

Setakat ini, lebih 500,000 kes berpotensi melibatkan individu dan entiti dikenal pasti, terutama yang menunjukkan gaya hidup atau keupayaan kewangan tinggi tetapi tidak sepadan dengan rekod percukaian.

“Melalui audit dan peringatan, kami menggalakkan pembayar cukai tampil membuat pengakuan sukarela sekiranya terdapat kesilapan atau ketidakpatuhan dalam maklumat percukaian,” menurut kenyataan LHDN.

Hasilnya, seramai 17,188 pembayar cukai yang sebelum ini tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan telah tampil melaporkan pendapatan bagi tahun taksiran terdahulu berjumlah RM1.4 bilion, menyumbang hasil cukai sebanyak RM290 juta.

Pelaksanaan e-Invois merupakan sebahagian daripada transformasi digital sistem percukaian negara yang mula diperkenalkan secara berperingkat sejak 1 Ogos 2024.

Sistem ini bertujuan meningkatkan ketelusan transaksi perniagaan, memudahkan pemantauan pendapatan serta mengurangkan aktiviti ekonomi bayangan.

Sejak diperkenalkan, sebanyak 184,325 pembayar cukai telah menggunakan e-Invois dengan hampir 979 juta e-Invois dikeluarkan secara keseluruhan.

Perkembangan ini menunjukkan tahap penerimaan yang positif termasuk dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

LHDN menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh pematuhan cukai melalui pendekatan berasaskan data dan teknologi. “Usaha ini penting bagi memastikan setiap pihak melaporkan dan membayar cukai secara adil serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Pada masa sama, pembayar cukai diingatkan supaya memastikan maklumat yang dikemukakan adalah tepat, lengkap dan terkini bagi mengelakkan penalti lebih berat serta tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Berita berkaitan
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
November 24, 2026· Isu semasa
Pua persoal Zahid, ungkit kegagalan GST era Najib
November 23, 2026· Isu semasa
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
November 22, 2026· Politik
Mahkamah tolak semakan kehakiman Mukhriz isu cukai RM5 juta LHDN
November 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
3 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
5 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
21 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok