Bursa Malaysia.
Pelabur asing terus membeli saham tempatan apabila Bursa Malaysia mencatat aliran masuk dana asing untuk minggu keempat berturut-turut, walaupun jumlahnya menyusut ketara minggu lalu.
Berdasarkan laporan aliran dana MBSB Investment Bank bagi minggu berakhir 30 Januari 2026, aliran masuk asing bersih hanya mencecah RM12.8 juta berbanding RM510.9 juta pada minggu sebelumnya.
Pelabur asing menjadi pembeli bersih dalam tiga daripada lima hari dagangan, dengan aliran masuk tertinggi direkodkan pada Isnin sebanyak RM135.3 juta, diikuti Selasa (RM68.1 juta) dan Khamis (RM42.6 juta).
Namun, pasaran menyaksikan aliran keluar besar pada Jumaat sebanyak RM128.1 juta dan Rabu RM105.2 juta.
Menurut laporan itu, sektor telekomunikasi dan media, produk perindustrian dan perkhidmatan serta teknologi menjadi tumpuan utama pelabur asing.
Sebaliknya, sektor perkhidmatan kewangan, utiliti dan perladangan mencatat aliran keluar bersih tertinggi.
Seorang penganalisis pasaran berkata sentimen pelabur asing terhadap Malaysia kekal stabil walaupun berlaku turun naik mingguan.
“Minat pelabur asing masih ada kerana faktor penilaian saham yang menarik dan kestabilan ekonomi relatif Malaysia,” katanya.
Padamasa sama, institusi tempatan meneruskan momentum belian bersih untuk minggu kedua berturut-turut dengan aliran masuk RM532.3 juta.
Peruncit tempatan pula kekal sebagai penjual bersih untuk minggu kesembilan berturut-turut dengan aliran keluar RM545.1 juta.
Purata jumlah dagangan harian turut meningkat merentasi semua kumpulan pelabur, menunjukkan aktiviti pasaran yang lebih rancak.
Aliran dana asing sering dijadikan petunjuk keyakinan pelabur global terhadap ekonomi negara.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pasaran tempatan dilihat mendapat sokongan berikutan jangkaan pemulihan ekonomi serantau serta prestasi beberapa sektor utama seperti teknologi dan perindustrian.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib