Kes fitnah MCMC selesai, Murray Hunter mohon maaf terbuka

February 5, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam semalam merekodkan satu Perintah Persetujuan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Murray Hunter berhubung kes saman fitnah berkaitan penerbitan kandungan dalam talian.

Perintah itu direkodkan menerusi prosiding dalam talian dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak pada 12 Januari 2026.

Kes tersebut berkait dakwaan kenyataan berunsur fitnah yang diterbitkan Hunter terhadap MCMC dan beberapa pihak berkaitan melalui platform digital miliknya.

Susulan perintah berkenaan, Hunter telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan menurunkan kandungan yang dipertikaikan daripada platform dalam talian.

Beliau juga mengesahkan aku janji untuk tidak lagi menerbitkan kenyataan yang sama atau kandungan serupa berkaitan MCMC.

Dalam satu kenyataan, MCMC menegaskan pendirian tegas terhadap penyebaran maklumat palsu.

“Kami memandang serius sebarang kenyataan palsu dan fitnah serta akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi integriti suruhanjaya,” menurut kenyataan itu.

MCMC diwakili peguam Selva Mookiah dan Nurshafiqa Balqish Jaffri, manakala Hunter mewakili dirinya sendiri dalam prosiding tersebut.

MCMC merupakan badan pengawal selia industri komunikasi dan multimedia negara yang bertanggungjawab memastikan pembangunan sektor digital berjalan selaras dengan undang-undang serta melindungi kepentingan pengguna.

Kes ini juga mempunyai kaitan dengan prosiding jenayah di Thailand yang melibatkan Hunter, yang dilaporkan berpunca daripada penerbitan kandungan sama sebelum ini.

Perkembangan terbaharu ini dilihat sebagai langkah penyelesaian antara kedua-dua pihak selepas beberapa siri tindakan undang-undang berkaitan penerbitan kandungan dalam talian yang mencetuskan pertikaian tersebut.

Berita berkaitan
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu· Isu semasa
Soalan-Soalan Lazim (FAQ): Apakah itu MySiren?
November 23, 2026· Rencana
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
November 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
18 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok